Beliau turut menjelaskan aplikasi ini telah menerima seramai 585, 688 pengguna yang berdaftar melalui Sarawak ID di Sarawak.
Sarawak ID juga mempunyai pelbagai perkhidmatan awam boleh diakses melalui yang lebih dikenali sebagai Single Sign On (SSO) antaranya adalah Government to Community (G-C) Services, Government to Business (G-B) Services dan Government to Government (G-G) Services.
Tambahan pula, Identiti Digital ini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan awam melalui satu platform, Memudahkan urusan orang awam, Menjimatkan masa dan tenaga dan Selamat digunakan.
Faizal turut menambah, peningkatan keperluan digital dan perkhidmatan Kerajaan dapat dilihat di seiring dan saling melengkapi. “Kerajaan turut menyalurkan bantuan, seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang di mana bantuan telah disalurkan melalui inisiatif e-wallet Kerajaan, Sarawak Pay”, tambah belia.
Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada mac lalu, Jumlah pengguna yang telah berdaftar dengan Sarawak ID adalah sebanyak 191,846 orang dan mencatatkan peratusan peningkatan sebanyak 33% sehingga kini semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Temubual ini telah keudara selama 15 minit dalam episod keempat dengan topik “Kearah Berkerajaan Digital” dalam Program Sembang Digital Normal Baru menerusi Sarawak FM anjuran SMA dengan kerjasama AZAM Sarawak.
Program radio ini juga akan memberikan hadiah kepada para pendengar dengan kuiz yang bakal dianjurkan bermula episode keenam nanti.
Program ini akan menemui anda selama 15 Minit mengupas topik yang menarik sesuai untuk menambahkan pengetahuan anda berkenaan dengan kemajuan Sarawak hari ini, setiap hari Jumaat bersiaran jam 9.30 pagi di Sarawak FM menerusi rancangan Selamat Pagi Sarawak.
Untuk keterangan lanjut, layari www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www.azam.org.my.
