MANFAATKAN DIGITAL: (Dari kiri) Juruhebah Sarawak FM AZman Johari, Noriah, Caroline Peny dan Hassnal Hakim Junaidi.

Aplikasi e-Preneurs bantu lahir usahawan digital wanita

“Kesemua program tersebut diadakan bagi memberi pendedahan, ilmu dan kemahiran kepada golongan wanita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dalam talian.

“Selain program e-Preneurs terdapat dua lagi program yang serupa iaitu e-community dan e-support. Kesemua program ini adalah untuk membantu para wanita Sarawak untuk terus maju terutamanya dalam bidang digital,” kata Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad ketika ditemu bual dalam rancangan ‘Sembang Digital Normal Baru’ menerusi Sarawak FM, baru-baru ini.

Program tersebut melibatkan aktiviti dalam bidang seperti jahitan kreatif, kecantikkan, urut dan spa serta kulinari.

Bermula Januari lalu sehingga September, seramai 190 usahawan wanita telah mengikuti program tersebut untuk mengembangkan perniagaan menggunakan platform dalam talian yang dibantu oleh agensi seperti SMA, MDec dan Socoe Sdn Bhd.

Dalam usaha melebarkan sayap memartabatkan kaum wanita, JWKS akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Serba Dinamik ‘D-Virtual Park’ yang mengkhususkan pembangunan dan latihan dalam Revolusi Industri 4.0 di Sarawak seiring dengan moto ‘Bantu Wanita: Bantu Seluruh Keluarga.’

Selain itu, Noriah menyeru kaum wanita untuk sama-sama menyertai program yang diadakan oleh JWKS bersama agensi-agensi lain di Sarawak dengan mendapatkan info berkenaan dengan program dan aktiviti menerusi media sosial dan laman web rasmi JWKS.

‘Sembang Digital Normal Baru’ anjuran SMA dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) menerusi Sarawak FM pada minggu hadapan akan kembali dengan topik Transformasi Dunia dalam e-Dagang bersama produk dari aplikasi e-Preneurs wanita ini.

Untuk keterangan lanjut, layari www.sma.gov.my atau laman web AZAM Sarawak www.azam.org.my. 

MANFAATKAN DIGITAL: (Dari kiri) Juruhebah Sarawak FM AZman Johari, Noriah, Caroline Peny dan Hassnal Hakim Junaidi.
MANFAATKAN DIGITAL: (Dari kiri) Juruhebah Sarawak FM AZman Johari, Noriah, Caroline Peny dan Hassnal Hakim Junaidi.