MANFAATKAN DIGITAL: (Dari kiri) Juruhebah Sarawak FM AZman Johari, Noriah, Caroline Peny dan Hassnal Hakim Junaidi.

Aplikasi e-Preneurs Bantu melahirkan Usahawan Digital Wanita

“Selain program e-Preneurs terdapat dua lagi program yang serupa iaitu e-community dan e-support. Kesemua program ini adalah untuk membantu para wanita Sarawak untuk terus maju kedepan terutamanya dalam bidang digital,” kata Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Wanita dan keluarga negeri Sarawak ketika ditemubual dalam racangan Sembang Digital Normal Baru menerusi Sarawak FM.

Program ini melibatkan aktiviti dalam bidang seperti Jahitan Kreatif, kecantikan, Urut dan SPA, serta Kulinari. Bermula Januari tahun ini sehingga September, seramai 190 orang telah mengikuti program yang telah dijalankan yang dihadiri oleh usahawan wanita yang ingin mengembangkan perniagaan menggunakan platform online yang dibantu oleh agensi seperti SMA, MDec dan Socoe Sdn. Bhd.

Dalam usaha melebarkan sayap memartabatkan kaum wanita, JWKS akan menandatangani sebuah Memorandum of Understanding (MOU) bersama Serba Dinamik ‘D-Viirtual Park’ yang mengkhususkan pembangunan dan latihan dalam revolusi industri 4.0 di Sarawak seiring dengan motto “Bantu Wanita : Bantu Seluruh Keluarga”.

Selain itu, Noriah menyeru kaum wanita diluar sana untuk sama-sama menyertai program yang diadakan oleh pihak JWKS bersama beberapa agensi lain di Sarawak dengan mendapatkan info berkenaan dengan program dan aktiviti di Media Sosial dan Laman Web Rasmi JWKS.

Sembang Digital Normal Baru anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak menerusi Sarawak FM pada minggu hadapan akan kembali dengan topik Transformasi Dunia e-dagang bersama dengan produk dari aplikasi ePreneurs wanita ini.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www.azam.org.my.