UNTUK KENANGAN...Caroline Peny, Azman Johati, Juruhebah Sarawak FM, Noriah Ahmad, pengarah JWKS, dan Hassnal Hakim Junaidi merakamkan gambar kenangan.

PERKASAKAN DUNIA DIGITAL KEPADA WANITA

“Epreneurs Wanita menerusi JWKS sememangnya memberikan saya peluang untuk mentransformasikan perniagaan saya dari cara tradisional kepada digital,” kata Caroline Peny, Usahawan ePreneurs Wanita.

Menerusi kursus di Pusat Latihan Wisma Wanita (WWTC) dalam bidang Jahitan Kreatif telah membuka mata dan peluang kepada beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaa nyang menjurus kepada barangan etnik kreatif ke pasaran. 

“JWKS juga berkolubarasi bersama Swinburne Sarawak dalam program Sarawak Women Aspiration Group (SWAG) yang menyediakan kursus dan informasi kepada wanita diluar sana untuk memulakan perniagaan mengikut kemahira yang mereka ada,” tambah beliau.

Kini Caroline juga telah menyediakan kelas untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan wanita yang lain dalam bidang jahitan kreatif disamping dapat meningkatkan keyakinan diri dan mudah untuk para wanita yang mengikuti kelas beliau bertukar-tukar pendapat bagi menghasilkan karya diluar kotak kepada orang ramai.

Beliau yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan berpendapat latihan dan sokongan yang diberikan oleh JWKS dalam program ini sememangnya membuka mata dan peluang kepada beliau dan rakan-rakan untuk terus berusaha memperkembangkan taraf hidup dan kualiti wanita di Sarawak.

“Program yang dianjurkan oleh pihak JWKS ini turut melibatkan e-sokongan yang memberikan bantuan kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk bersemangat kembali dalam meneruskan kehidupan mereka di masa akan datang.

Selain itu, Noriah juga menyifatkan wanita Sarawak sememangnya mempunyai potensi yang tinggi dalam membantu mempertingkatkan ekonomi Sarawak. Beliau turut berharap agar JWKS dapat menjadi Hub kepada para wanita untuj saling bertukar buah fikiran dalam membangunkan diri masing-masing.

Oleh itu beliau menyeru kaum wanita diluar sana untuk sama-sama menyertai program yang diadakan oleh pihak JWKS bersama beberapa agensi lain di Sarawak dengan mendapatkan info berkenaan dengan program dan aktiviti di Media Sosial dan Laman Web Rasmi JWKS.

Sembang Digital Normal Baru anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) menerusi Sarawak FM pada minggu hadapan akan kembali dengan topik Melancong dengan Selamat. 

Untuk keterangan lanjut, layari www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www.azam.org.my.

UNTUK KENANGAN...Caroline Peny, Azman Johati, Juruhebah Sarawak FM, Noriah Ahmad, pengarah JWKS, dan Hassnal Hakim Junaidi merakamkan gambar kenangan.
UNTUK KENANGAN…Caroline Peny, Azman Johati, Juruhebah Sarawak FM, Noriah Ahmad, pengarah JWKS, dan Hassnal Hakim Junaidi merakamkan gambar kenangan.