KUCHING: Lembaga pelancongan Sarawak (STB) giat membantu para pengusaha pelancongan dengan menyediakan bantuan dana menerusi program Sarawak Tourism Online Ecosystem Fund.

Menurut kenyataannya semalam, ia dibuka kepada pengusaha pelancongan di Sarawak bermula 1 Julai hingga 31 Disember dengan kini hanya terdapat 14 kekosongan untuk diisi oleh pengusaha pelancongan sebelum dibuka kepada pengusaha hotel bermula tahun hadapan.

“Para pengusaha yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (<OTAC) boleh memohon dana tersebut bagi tujuan dari segi pembangunan laman web, perkhidmatan dalam talian, mewujudkan kehadiran dalam talian memalui media sosial dan pengeluaran kandungan,” kata Pengurus Komunikasi STB Gustino Basuan.