621e1fb5-49ae-4694-81ee-248cf3cc6058

DANA SARAWAK TOURISM ONLINE ECOSYSTEM FUND BANTU PENGUSAHA PELANCONGAN

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam ‘Sembang Digital Normal Baru’ anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak baru-baru ini.

Pandemik COVID-19 katanya telah membantutkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan dan menyebabkan kedatangan pelancong ke negeri ini menurun kepada 1.4 juta berbanding sasaran lima juta, sekaligus mengubah fokus hanya kepada pelancongan domestik.

Selain itu, STB juga berkongsi berkenaan projek ‘Sarawak More to Discover’ menerusi penciptaan aplikasi Sarawak Travel yang bertujuan mendigitalisasikan komponen utama industri pelancongan Sarawak.

Usaha ini ujarnya, merupakan hasil kolaboratif antara STB dan MOTAC, SMA dan UNIMAS.

Menurutnya, program yang dirancang dan dikembangkan secara progresif dalam lima modul yang melibatkan Kebudayaan, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival (CANFF) telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2021.

Ia menerapkan teknologi Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Maya (VR) untuk memudahkan orang ramai melihat sendiri keindahan dan keunikan tempat pelancongan di Sarawak dari pelbagai sudut dengan pantulan imej asal, tambahnya. 

Pada masa sama katanya, STB giat mempromosikan kempen ‘Sia Sitok Sarawak’ yang dianjakkan sehingga Mac 2021 bagi pelancongan domestik yang memperlihatkan pelbagai pakej promosi ditawarkan kepada oramg ramai khususnya kepada rakyat Sarawak.

“Pakej yang disediakan ini membantu orang Sarawak merasai keindahan Bumi Kenyalang yang sememangnya tersedia untuk mereka semua, mungkin sebelum ini orang Sarawak sendiri tidak tahu mengenai tempat yang boleh dilawati di sini seperti Irradawaddy Dolphin Cruise di Santubong, Fun Dive di Pulau Satang dan Taman Negara Mulu,” kata Pengarah Pemasaran STB, Barbara Benjamin.

Aplikasi Sarawak Travel ini adalah yang pertama di Sarawak dan masih baharu dalam industri pelancongan tempatan.

Ia menjadi platform kepada promosi pelancongan yang holistik dan mudah digunakan tanpa had melibatkan semua pengusaha pelanconganseperti pemandu pelancong, pengusaha inap desa, pengusaha sektor pengangkutan, makanan dan minuman untuk turut serta dalam mempromosikan produk mereka. 

Aplikasi ini boleh di muat turun dalam Google Playstore and Appstore dengan hanya menaip ‘Sarawak More To Discover’.

Untuk keterangan lanjut boleh layari sarawaktourism.com untuk mendapatkan pakej menarik yang disediakan.

‘Sembang Digital Normal Baru’ anjuran SMA dengan AZAM Sarawak menerusi Sarawak FM pada minggu hadapan akan kembali dengan topik ;Kenali Apa Itu Bandar Pintar?’

Untuk keterangan lanjut, layari www.sma.gov.my atau laman web AZAM Sarawak www.azam.org.my.