Episod ke 12 Sembang Digital Normal Baru menerusi Sarawak FM minggu tok akan ke udara agik pada hari Jumaat, 6 November 2020, jam 9.30 pagi, dan topik minggu tok ialah “Kenali Apa Itu Bandar Pintar?” bersamu tetamu Professor Ir. Dr. Al-Khalid bin Haji Othman, Timbalan Ketua Saintis & Timbalan Ketua Penasihat, Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Seperti biasa tiap minggu, kita akan mengajukan sigek soalan untuk para pendengar memenangi hadiah menarik dapada SMA dan AZAM. Jadi untuk soalan minggu tok, dengarkan dolok temubual hari Jumaat tok kelak. Soalan akan diajukan oleh DJ bertugas. Sik susah untuk menang. Cuma perlu ikut langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti berikut:

• Like Page Facebook AZAM Sarawak
• INBOX JAWAPAN (bukan komen) dan sertakan dengan Tagline, Saya Suka Dengar Sembang Digital Normal Baru SMA-AZAM kerana … (tidak melebihi 12 Patah Perkataan).
• Sekretariat akan membalas inbox anda sekiranya jawapan anda tepat dan tagline anda kreatif.

Jadi, apa tunggu lagik! Jangan lupak temujanji kita hari Jumaat kelak di Sarawak FM!