Randau Digital Komuniti @ Dalat telah berlangsung di Kompleks Kebajikan Dalat pada 15 Julai 2023.

Beberapa aktiviti utama telah diadakan iaitu pembentangan oleh agensi yang dijemput, pameran mini dan kuiz digital.

Terima kasih atas kesudian tetamu kehormat, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita. Kanak-kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.56 Dalat untuk merasmikan program tersebut. Turut hadir, YBhg Dato Hajah Norhyati binti Mohd. Ismail, Timbalan Pengerusi, Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak).

Berikut adalah gambar-gambar dari sesi program tersebut.