All posts by AZAM Sarawak

AYCLive@Borneo744 berlangsung dengan meriah!

Oleh : Mohd. Hassnal Hakim Junaidi
Diterjemah dan disunting oleh : Margaret Apau

KUCHING: Dalam usaha kita memastikan pembangunan ekonomi digital di Sarawak terus berkembang, AYCLive@B744 tampil menyediakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan demi untuk menggalakkan penglibatan belia dalam agenda pembangunan negeri ini.

Kira-kira 350 orang pengunjung telah menghadirkan diri dalam program kerjasama antara AZAM Young Souls dan AZAM Sarawak yang berlangsung pada 18 November 2017 di Borneo744 Jalan Semangat itu, antaranya adalah terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), persatuan belia sekitar Kuching dan Samarahan serta orang awam.

Pengunjung turut tidak melepaskan peluang dalam menyertai bengkel tekno keusahawanan yang dikendalikan oleh Mac Jake yang membicarakan berkenaan dengan peluang anak muda dalam menembusi pasaran hari ini dalam membina kerjaya mereka masing-masing.

Mac Jake pengasas CampFyre dan rakan kongsi bagi Squirtle Sdn Bhd memberi penekanan kepada kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.
Mac Jake pengasas CampFyre dan rakan kongsi bagi Squirtle Sdn Bhd memberi penekanan kepada kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.

Selain itu juga, Wilson Beh yang merupakan pakar dalam bidang fintech atau teknologi kewangan, juga tidak ketinggalan dalam memberikan pendedahan kepada peserta bengkel mengenai konsep dan senario dalam bidang ini supaya mereka faham akan kepentingnya dan dapat mengadaptasikan ia sekaligus merealisasikan perkembangan ekonomi digitial di Sarawak.

Beh semasa mengendalikan bengkel tentang teknologi kewangan.
Beh semasa mengendalikan bengkel tentang teknologi kewangan.

Bengkel keusahawanan seni yang dikendalikan oleh Shaikh Azahar Shaik Hussain, pensyarah fakulti seni gunaan dan kreatif Unimas, pula memperlihatkan potensi bidang ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai minat semata-mata malah ianya dapat memberikan pulangan dari segi ekonomi kepada kita semua.

Syaikh Azahar menekenkan tentang potensi bidang seni dalam arena ekonomi digital.
Syaikh Azahar menekenkan tentang potensi bidang seni dalam arena ekonomi digital.

Selain daripada perkongsian ilmu daripada pakar, AYCLive@B744 juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti busking, jamming, pameran motosikal dan kereta besar, pameran cosplay, jualan lambak, pameran pendidikan dan banyak lagi.

Tambahan pula, AYCLive@B744 kali ini juga memberikan kelainan apabila julung kalinya penganjuran ini melibatkan sesi forum yang dikenali sebagai sesi “Ngopi Ngeteh” dengan membicarakan topik bertajuk “Adapting to Change and Riding On Trends in the 4.0 Era”.

Forum ini menampilkan ahli panel seperti Zaiwin Kassim, kurator TEDx@Kenyalang, Beh, salah seorang pengasas PolicyStreet dan Ashweein Narayanan, wakil dari hub masyarakat kreatif HAUS KCH dan wakil MAGIC Sarawak Amirin Arsyan dan dikendalikan oleh AZAM Young Souls iaitu Muhd Ammar Zafri Zainuddin dan Amalina Matali.

Sesi "Ngopi Ngeteh" membicarakan tentang potensi ekonomi digital untuk membangunkan masa depan belia Sarawak.
Sesi “Ngopi Ngeteh” membicarakan tentang potensi ekonomi digital untuk membangunkan masa depan belia Sarawak.

Forum sesi ini diserikan lagi dengan persembahan pertunjukkan fesyen daripada mahasiswa Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) diriingi dengan persembahan muzikal daripada At Adau, Soundholic, Foxgloves dan persembahan tarian moden dari kumpulan tari UNIMAS.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Dominic Chuo, Ahli Lembaga AZAM Sarawak dan turut sama Lelia Sim Ah Hua, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak.

Mengambil gambar sebagai kenangan selepas akhirnya forum: (dari kiri) Amirin, Zaiwin, Sim, Ashweein, Chui, Beh dan Timbalan Pegawai Eksekutif Rosalind Yang Misieng.
Gambar kenangan selepas tamat sesi forum: (dari kiri) Amirin, Zaiwin, Sim, Ashweein, Chuo, Beh dan Timbalan Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Rosalind Yang Misieng.

Turut hadir sama memeriahkan majlis adalah Krew Cats Rangers yang mengadakan kuiz kepada orang ramai dan dikuasakan oleh Warrior Energy Drink selaku penaja minuman khas pada hari tersebut.

Facebooktwitter

Sarawak talents deserve chance to shine – AZAM top official

KUCHING: Sarawak talents must strive to be the best that they can be and compete with their counterparts throughout the country.

In this respect, Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) board member Dato Norhyati Mohd Ismail believes that the locals deserve the chance to shine.

“We want our talents to become real players and directors – among the best in Malaysia,” she said at the closing of AZAM Sarawak’s workshop on content creation themed ‘Telling Sarawak’s Stories’ at a hotel here recently.

Norhyati, however, admitted that the main constraint is funding.

Read more: Sarawak talents deserve chance to shine: AZAM top official

Facebooktwitter

State government urged to help local creative talents

KUCHING, Dec 16: Nurturing the state’s creative industry to be among the best in the country as well as in the region, will require the Sarawak government to lend a helping hand to aspiring local filmmakers, entrepreneurs and undergraduates in this field.

Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) board member Dato Nurhyati Ismail said now that the state is moving toward a Digital Economy, resources and technologies for the creative industry would now be more accessible to these creative people; however, the cost would pose a problem for most to even start a project.

Read more here: State government urged to help local talents

Facebooktwitter

Polishing the Young Guns

BORNEO 744 on November 18 was filled with youth of different passion, each with the fiery intensity to perform the talents laid in the heart of each of them. There were a group of boys and girls feeling the winds through their hair, the same wind that touches their face as they rode on their skate boards, up the ledge, despite falling down multiple times, the same many times they stood up and continued on. Such is also a description, that is best to describe the youth that participated in AYCLive@Borneo744, an event to bring out the best in them despite their differences.

There are also those exhibiting their love for fast cars, and building them, as well as those who love cosplaying their favourite anime characters. Meanwhile, also were were those that have a passion for handicrafts as they sat at their booth explaining to those interested in the how-to of creating crafts.

The programme known as AYC (AZAM Youth Central) Live@B744 is an urban youth programme introduced by Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) to provide a platform for local youths to engage in current development programmes and activities. This particular AYCLive@Borneo744 is the first of the AYCLive series to be held outside AZAM Youth Central since its first introduction in 2013.

Read more here: Polishing the Young Guns

Facebooktwitter

Exciting lineup of activities at AZAM’s AYCLive@Borneo744 youth event

AYCLive@B744

KUCHING: Workshops, musical performances, recreational sports and more await at Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak’s latest edition of AYCLive on November 18 at Borneo744.

Free and open to the public, AYCLive@Borneo744 will be a one day event starting from 8am to 6pm. AYCLive is AZAM Sarawak’s signature youth event that combines artistic and recreational activities with programmes that promotes personal and professional growth among the youth.

Among the bands slated to perform at AYCLive@Borneo744 are At Adau, Soundholic, Foxgloves, Amey Suhaili, Afiq Zafi, Adi Bazli, Co-Ed Crew, Kenshin Clan, and Imaginasi Music.
Among the bands slated to perform at AYCLive@Borneo744 are At Adau, Soundholic, Foxgloves, Amey Suhaili, Afiq Zafi, Adi Bazli, Co-Ed Crew, Kenshin Clan, and Imaginasi Music.

Come and be entertained with musical performances by At Adau, Soundholic, Foxgloves and modern dance by University Malaysia Sarawak (Unimas). Watch out for the fashion show staged by Limkokwing Borneo which will also see At Adau performing.

Continue reading Exciting lineup of activities at AZAM’s AYCLive@Borneo744 youth event

Facebooktwitter

Building confidence in eCommerce

Abang Johari menerima cenderahati kenangan daripada Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E- Perdagangan disaksikan oleh Jemaah menteri dan menteri muda.
Abang Johari menerima cenderahati kenangan daripada Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E- Perdagangan disaksikan oleh jemaah menteri dan menteri muda.

KUCHING: There is no better time to leapfrog into the digital economy than now.

To help demystify the idea of eCommerce, the Ministry of International Trade and eCommerce Sarawak (MITeC) put together the Sarawak eCommerce Forum 2017 in collaboration with AZAM Sarawak with the support of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) and SME Corporation Malaysia.

Themed ‘Enhancing Sarawak’s Digital Economy’, the day-long forum on 7 November 2017 featured five ‘chatroom’ sessions with industry leaders, entrepreneurs and academic experts addressing fundamental aspects of eCommerce like SME participation online, logistics and transportation, cross-border trade, cybersecurity and cryptocurrency.

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg officiated the closing of the forum which saw 529 participants from public and private sectors attending.

KUCHING:  Sama ada mahu bermula sekarang ataupun tidak,  hakikatnya fenomena ekonomi digital sememangnya sudah dekat dalam diri seluruh rakyat Sarawak.

Dalam usaha merealisasikan pembangunan e-perdagangan di Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Sarawak (MITeC) menganjurkan Forum eCommerce Sarawak 2017 dengan kerjasama AZAM Sarawak dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan SME Corporation Malaysia.

Majlis penutupan  telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg. Acara itu melibatkan lima sesi dan lima orang  moderator serta 16 orang ahli panel yang  terdiri daripada pemimpin industri dan ahli akademik. Seramai  529 peserta menghadiri acara ini.

Forum yang berlangsung pada  7 November 2017 ini menampilkan sesi sembang dengan pemimpin industri, usahawan dan ahli akademik yang menangani aspek asas eCommerce seperti penyertaan dalam talian, logistik dan pengangkutan SME, perdagangan rentas sempadan, keselamatan siber dan mata wang digital seperti Bit Coin.

Gambar kenangan selepas tamat Forum eCommerce 2017 Sarawak bersama Abang Johari dan jemaah Menteri yang lain dan peserta yang hadir.
Gambar kenangan selepas tamat Forum eCommerce 2017 Sarawak bersama Abang Johari dan jemaah Menteri dan peserta yang hadir.

Facebooktwitter

Sekitar sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2017

AZAM Sarawak memeriahkan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2017 (HBPNS2017) di Betong dengan menyertai pameran yang berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober 2017.

Sambutan hari belia tahun ini bertemakan ‘Belia Pencetus Inspirasi, Pemacu Inovasi’ memberikan makna yang mendalam untuk belia di Sarawak tampil dengan terus maju dan berdaya saing setanding belia lain di dunia.

“Sambutan daripada belia yang  ‘awesome’ membuktikan mereka faham konsep yang dibawakan oleh kerajaan dalam membangunkan negeri ini,” kata  Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan , Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemubual di booth pameran AZAM Sarawak bersempena sambutan.

Continue reading Sekitar sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2017

Facebooktwitter

AZAM is Heading to Betong this 27- 29 October !

Happy Youth Day 2017!

Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak will be joining the festivities at the state-level Youth Day 2017 this 27-29 October at Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Come find us at our booth and take part in our quiz to win a special prize! We have hampers, special AZAM Sarawak pendrives and many more prizes to be won! For more info, LIKE and SHARE our Facebook page at www.Facebook.com/AngkatanZamanMansangSarawak

See you there!

Continue reading AZAM is Heading to Betong this 27- 29 October !

Facebooktwitter

On-Air bersama AZAM Sarawak

Gambar kenangan sekitar episod 12 dan 13 Program Radio AZAM Rentak Pembangunan Kenyalang dan Rentak Pemansang Kenyalang di CATS FM. Senarai topik yang disiarkan pada bulan Oktober adalah seperti berikut :

Episod 12 : Nama Kebuah STEM/Kenapa STEM

Episod 13 : Ngemansangka Pengawa Betanam enggau Industri Ari Asil Utai Tanam Nuju Era Digital/Memajukan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ke Arah Era Digital

Bicara STEM bersama wakil dari UNIMAS ,Dr. Nazeri Abd Rahman, Timbalah Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan UNIMAS (Kanan) dan Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer dan Pengurusan Pelancongan UiTM Cik Adeline Engkamat (Kiri).
Bicara STEM bersama Dr. Nazeri Abd Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan UNIMAS (kanan) dan Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer dan Pengurusan Pelancongan UiTM Cik Adeline Engkamat (kiri) semasa Episod 12.
Professor Ir. Dr Al-Khalid Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Unimas (Dua Kiri) memberikan cenderahati kepada pihak AZAM. Turut sama menjadi tetamu bagi episod berkenaan ialah Dr. Isa Mohamadin, Ketua Pusat Pengajian Sains Gunaan Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif STEM UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 UiTM Cawangan Sarawak Kota Samarahan (kiri)
Professor Ir. Dr Al-Khalid Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Unimas (dua kiri) memberikan cenderahati kepada pihak AZAM selepas tamat episod ke-12. Turut sama menjadi tetamu bagi episod berkenaan  ialah Dr. Isa Mohamadin, Ketua Pusat Pengajian Sains Gunaan Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif STEM UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan (kiri).
Gambar kenangan bersama Encik Sirai Ak Daha, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan pemabangunan Wilayah (Kiri)
Gambar kenangan selepas Episod 13  bersama Sirai Daha, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (kiri).
Pegawai Tadbir Khas Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan pemabangunan Wilayah, Encik Peter Ritom (dua kiri) bergambar kenangan bersama penyampai CATS FM, Dj Rezz (Kiri) dan Pegawai AZAM Hakim Junaidi dan Yaana (kanan)
Pegawai Tadbir Khas Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Peter Ritom (dua kiri) bergambar kenangan bersama penyampai CATS FM, DJ Rezz (kiri) dan Pegawai AZAM Hakim Junaidi dan Yaana Singkie (kanan).

Facebooktwitter

Gabungan Idea Belia AZAM untuk menjayakan AYC Live@Borneo744

Oleh : Mohd. Hassnal Hakim Junaidi

Gambar kenangan AZAM Young Souls (AYS) lama dan baharu selepas tamat program.
Gambar kenangan AZAM Young Souls (AYS) lama dan baharu selepas tamat program.

“Belia inovatif dapat menjamin masa depan Negara.”

Begitulah kata-kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam menegaskan agenda kerajaan negeri yang menjurus kepada pembangunan dalam bidang Ekonomi Digital.

Tambahan pula, belia masa kini harus bertindak sebagai pemacu kepada perubahan daripada hanya menggunakan teknologi kepada pencipta teknologi yang dapat membekalkan perkhidmatan yang dapat digunakan oleh semua orang.

Justeru itu, pihak AZAM Sarawak begitu giat dalam menjalankan pelbagai program berkaitan dengan belia. Potensi yang ada pada belia Sarawak hari ini tidak boleh kita pandang enteng kerana populasi yang semakin bertambah dalam kelompok belia ini bakal menjamin aset yang berharga kepada pembentukan pembangunan negeri ke arah yang gemilang.

Continue reading Gabungan Idea Belia AZAM untuk menjayakan AYC Live@Borneo744

Facebooktwitter