Tag Archives: Bengkel Digital Komuniti Inisiatif

Manfaatkan media sosial sebar luas produk pelancongan

BINTULU: Pengusaha industri pelancongan perlu lebih agresif memasarkan produk pelancongan mereka melalui e-pelancongan dalam media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata, ini termasuk blog, WhatsApp, Facebook, AirBnB, Trivago, Agoda dan Booking.com yang merupakan aplikasi popular dalam industri pelancongan global pada masa ini.

Beliau berkata, pengusaha pelancongan pada era digital tidak dapat beroperasi secara berasingan, sebaliknya memerlukan rangkaian kerjasama dengan pihak lain terutamanya membabitkan penggunaan kemudahan aplikasi digital.

READ MORE: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/21/manfaatkan-media-sosial-sebar-luas-produk-pelancongan?fbclid=IwAR2NFKlYTntq7UrMp3_VrfKEMtqRGhnktBfzymKH_cV-njVsAcBzVBZRtuY

Promosikan Bintulu secara digital – Majang

BINTULU: Kelebihan sebagai bandar minyak dan gas serta tempat yang ideal untuk dikunjungi pelancong antarabangsa dan domestik perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju Majang Renggi berkata, pengusaha-pengusaha pelancongan perlu mengambil peluang untuk mempromosikan bandar ini secara digital.

Katanya, Bintulu berada di kedudukan yang strategik apabila menjadi pintu masuk utama untuk ke Belaga, Murum, Tatau dan beberapa kawasan sekitarnya seperti ke Empangan Bakun dan Empangan Murum.

Read more: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/20/promosikan-bintulu-secara-digital-mejang?fbclid=IwAR2E-YQWMRRcW7rEVpVnk0pJEaB3WlddVTvsBCONnhr1LyLPpHr_nkIM6Kk