All posts by AZAM Sarawak

SARAWAK ID peralihan sistem kerajaan Analog kepada Digital

KUCHING – 11 September 2020: Wabak Pandemik yang melanda negara sememangnya banyak menangguhkan aktiviti sosial seharian masyarakat, perubahan kepada kehidupan yang mengamalkan normal baru haruslah di amalkan oleh semua orang termasuklah melibatkan diri dengan aktiviti digital yang sangat sinonim dengan cara hidup manusia kini.

Sarawak Multimedia Authority (SMA) giat mengambil langkah untuk mendigitalkan Sarawak sebagai tanda peralihan sistem kerajaan tradisional bertukar kearah digital.  

“Sarawak ID adalah inisiatif IDENTITI DIGITAL kerajaan negeri Sarawak dalam menyelaraskan akses oleh rakyat kepada servis-servis yang ditawarkan oleh agensi kerajaan negeri”. Kata Faizal Ibrahim, Pegawai Tadbir SMA ketika ditemubual semasa rancangan Sembang Digital Normal Baru, hari ini.

Beliau turut menjelaskan aplikasi ini telah menerima  seramai 585, 688 pengguna yang berdaftar melalui Sarawak ID di Sarawak.

Sarawak ID juga mempunyai pelbagai perkhidmatan awam boleh diakses melalui yang lebih dikenali sebagai Single Sign On (SSO) antaranya adalah Government to Community (G-C) Services, Government to Business (G-B) Services dan Government to Government (G-G) Services.

Tambahan pula, Identiti Digital ini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan awam melalui satu platform, Memudahkan urusan orang awam, Menjimatkan masa dan tenaga dan Selamat digunakan.

Faizal turut menambah, peningkatan keperluan digital dan perkhidmatan Kerajaan dapat dilihat di seiring dan saling melengkapi.  “Kerajaan turut menyalurkan bantuan, seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang di mana bantuan telah disalurkan melalui inisiatif e-wallet Kerajaan, Sarawak Pay”, tambah belia.

Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada mac lalu, Jumlah pengguna yang  telah berdaftar dengan Sarawak ID adalah sebanyak 191,846 orang dan mencatatkan peratusan peningkatan sebanyak 33% sehingga kini semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Temubual ini telah keudara selama 15 minit dalam episod keempat dengan topik “Kearah Berkerajaan Digital” dalam Program Sembang Digital Normal Baru menerusi Sarawak FM anjuran SMA dengan kerjasama AZAM Sarawak.

Program radio ini juga akan memberikan hadiah kepada para pendengar dengan kuiz yang bakal dianjurkan bermula episode keenam nanti.

Program ini akan menemui anda selama 15 Minit mengupas topik yang menarik sesuai untuk menambahkan pengetahuan anda berkenaan dengan kemajuan Sarawak hari ini, setiap hari Jumaat bersiaran jam 9.30 pagi di Sarawak FM menerusi rancangan Selamat Pagi Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www.azam.org.my.

Dari Kiri Hafeez Rosland (Penolong Pegawai SMA), Faizal Ibrahim (Pegawai Tadbir SMA), Hakim Junaidi (Pegawai Komunikasi AZAM Sarawak) bersama Juruhebah Sarawak FM yang bertugas Azman Johari (Aiejay).
Dari Kiri Hafeez Rosland (Penolong Pegawai SMA), Faizal Ibrahim (Pegawai Tadbir SMA), Hakim Junaidi (Pegawai Komunikasi AZAM Sarawak) bersama Juruhebah Sarawak FM yang bertugas Azman Johari (Aiejay).

SMA HELPS TO DIGITALISE OPERATIONS OF STATE GOVERNMENT

(from left) SMA assistant officer Hafeez Rosland, Faizal, AZAM communication officer Hakim Junaidi and Sarawak FM broadcaster Azman Johari pose for a photo call after the radio interview.
(from left) SMA assistant officer Hafeez Rosland, Faizal, AZAM communication officer Hakim Junaidi and Sarawak FM broadcaster Azman Johari pose for a photo call after the radio interview.

KUCHING: Sarawak Multimedia Authority (SMA) is taking proactive approach to assist in digitalising the operations of the state government.

For example, Sarawak ID is an initiative of the state government that promotes ‘digital identity’ in streamlining accesses by the public to services offered by the state government,” said SMA administrative officer Faizal Ibrahim in a radio interview with Sarawak FM.

Faizal said there are 585,688 users of Sarawak ID and the initiative could act as a single platform to provide greater convenience to the public while saving time to access public services.

“The state government could provide assistance, such as Sarawakku Sayang Special Assistance via its e-wallet initiative, namely Sarawak Pay,” he said.

Since the implementation of movement control order (MCO) he said a total of 191,846 new users had signed up for Sarawak ID, an increment of about 33 percent from the corresponding period last year. 

sma giat promosi pelaksanaan digital

KUCHING: Wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menangguhkan aktiviti sosial seharian masyarakat, perubahan kehidupan dengan mengamalkan norma baharu termasuk melibatkan diri dengan aktiviti digital yang sinonim dengan cara hidup masyarakat hari ini.

Justeru, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) giat mengambil langkah untuk pelaksanaan digital Sarawak sebagai tanda peralihan sistem kerajaan konvensional yang bertukar ke arah digital. 

Read more: https://www.utusansarawak.com.my/?p=15484&fbclid=IwAR2QGt0mTsaha3ZYiu52bfllxzk3NwQsN2-h-5_VQPPLE-I0t9mqVhRUUpw

SMA takes steps to digitise state

KUCHING: Sarawak Multimedia Authority (SMA) is actively taking steps to digitise the state as a sign of the transition of the government analogue system to digital and one of the systems is Sarawak ID.

“Sarawak ID is a ‘digital identity’ initiative by the state government in coordinating access by the people to the services offered by state government agencies,” said SMA administrative officer, Faizal Ibrahim when interviewed during the ‘Sembang Digital Normal Baru’ on Friday (Sep 11).

Read more: https://www.newsarawaktribune.com.my/sma-takes-steps-to-digitise-state/?fbclid=IwAR2QGt0mTsaha3ZYiu52bfllxzk3NwQsN2-h-5_VQPPLE-I0t9mqVhRUUpw

SMA GALAK PENGLIBATAN ORANG RAMAI DALAM MENGUASAI LITERASI DIGITAL

KONGSI MAKLUMAT: Zaidi ketika ditemu bual di konti ASTRO Radio (ERA) bersama juruhebah Elya.
KONGSI MAKLUMAT: Zaidi ketika ditemu bual di konti ASTRO Radio (ERA) bersama juruhebah Elya.

KUCHING: COVID-19 sememangnya memberi impak besar kepada semua penduduk dunia terutama dalam kebergantungan rakyat kepada Internet.

Suka atau tidak, kini hampir semua program yang dijalankan melibatkan aplikasi dan elemen Internet.

Justeru, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) giat menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menguasai literasi digital. 

Pengurus Besar SMA Dr. Zaidi Razak berkata, SMA merangkumi semua aktiviti digital yang melibatkan penglibatan kerajaan negeri.

“Ia bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan aplikasi dan program digital yang dicadangkan. Malah SMA terlibat dengan penciptaan gelang tangan kod QR pada kemuncak kes COVID-19 dan ia merupakan alatan yang wajib digunakan untuk memantau pergerakan individu yang diarahkan untuk kuarantin di rumah,” katanya dalam satu kenyataan media kelmarin.

Beliau menambah, langkah sebegini amat penting agar dapat menghubungkan maklumat sekiranya individu tersebut didapati positif COVID-19 selain membantu mengehadkan pergerakan serta penularan wabak ke kawasan Zon Hijau.

Mengenai aplikasi CovidTrace pula katanya, ia hanya mengambil masa penyediaan dua minggu sejak penularan wabak COVID-19.

Menurut Zaidi, aplikasi itu merupakan cadangan daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada salah satu penyedia perkhidmatan SMA iaitu Sains Information System Sdn Bhd Sarawak.

Melalui aplikasi itu ujarnya, segala maklumat dan data pengguna lain tidak akan disebarkan kepada pihak ketiga melainkan pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dapat mengakses data tersebut dengan tujuan menjejaki lokasi individu yang mempunyai simptom dan sudah positif COVID-19.

Selain itu, tambah beliau SMA juga merancang meluas lebarkan kesalingsambungan Internet kepada masyarakat di luar bandar Sarawak menerusi projek-projek utama seperti pembinaan menara dan penyediaan Internet yang sama seperti di bandar. 

“Ia sejajar dengan apa yang telah diperuntukkan kerajaan Sarawak supaya tidak ada mana-mana kelompok yang tertinggal.

“Dengan usaha sedemikian juga, penduduk luar bandar berpeluang menikmati kelengkapan yang ada di pusat komuniti digital yang terdapat di kawasan mereka,’ katanya.

Pada masa datang katanya, SMA akan menggalakkan penggunaan platform Internet kepada agensi-agensi supaya peranan dan tugas kerajaan tidak tergendala selain turut menghasilkan program seperti e-Preneurs yang dapat membantu usahawan memasarkan produk dan membawa jenama mereka ke persada antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak melalui SMA juga telah berusaha menyediakan fasiliti dan kemudahan kepada masyarakat di samping menasihati mereka untuk berusaha menggunakan segala kemudahan sedia ada dengan cara yang baik dan berfaedah.

Terdahulu, ZAidi ditemu bual dalam program bersama Radio ERA menerusi rancangan tajaan SMA dengan kerjasama AZAM Sarawak.

Selain temu bual, program radio berkenaan juga boleh didengar menerusi ERA FM bagi frekuensi setempat di Kuching, Sibu dan Miri.

Program itu juga akan melibatkan kuiz yang boleh disertai pendengar untuk memenangi hadiah hebat yang telah disediakan bermula September ini.

Untuk keterangan lanjut, layari www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www.azam.org.my. 

SMA committed to bringing about digital changes in Sarawak

Zaidi is seen during the interview
Zaidi is seen during the interview

 

KUCHING: THe Sarawak Multimedia Authority (SMA) remains committed to bringing about digital changes in the state while the people embrace the new normal in light of the Covid-19 pandemic. 

General manager Dr Zaidi Razak said SMA came with a mission of accelerating the state’s economic growth., bridging socioeconomic gaps, and increasing employment opportunities among youths. 

“This mission is in line with the vision of SMA to develop the economy of Sarawak, supported by technological, innovative, and digital knowhow,” he said during an interview arranged by SMA in collaboration with Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak yesterday.

ZAidi said SMA is implementing as many as 600 Sarawak Multimedia Rural Telecommunication (SMART) projects in stages in rural and regional areas.

However, he said this would not be an easy effort given that SMA faced challenges in the construction and installation of towers, such as difficulty in road access, limited road access (river transportation), dispute over land ownership, and the state’s topology, which can be hilly.

Despite the current Recovery Movement Control Order (RMCO), he said work to build towers had been ongoing as instructed by the Sarawak government in strict compliance with standard operating procedures (SOP).

“SMA is working together with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to improve the broadband services in rural and regional areas in Sarawak,” he said.

Zaidi said the initiative to upgrade to a 5G network in the state involved various planned telecommunication infrastructure projects, some of which were being implemented under SMART and in tandem with MCMC’s National Fiberisation Connectivity Plan (NFCP).

He added that other programmes themed ‘Digital Inclusivity’ such as PANDei )People Accessible, Network, for Digital Empowerment Inclusivity) Workshop are being conducted in collaboration with Pustaka Negeri Sarawak to expose the community to digital literacy skills while the Rindok Digital programme offered opportunities for the rural community to interact directly with SMA and other government agencies. 

On top of that, he said digital-based programmes were also held to educate and expose the community to technological facilities. 

Zaidi said SMA had taken the initiative to provide telecommunication services through Very Small Aperture Terminal (VSAT) as an interim solution in overcoming telecommunication problems experienced by various rural communities.

He stressed that the towers installed were not necessarily as high as other towers but some were only placed in buildings, and might be installed on lower ground and could not be seen by anyone. 

Hehoped the rural community would cooperate with the Sarawak government to facilitate the implementation of SMART. 

 

SMA komited transformasi Sarawak

Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) Dr. Zaidi Razak menjawab soalan yang diajukan oleh Juruhebah Sarawak FM yang bertugas Azman Johari.
Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) Dr. Zaidi Razak menjawab soalan yang diajukan oleh Juruhebah Sarawak FM yang bertugas Azman Johari.

 

KUCHING: Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan terus komited dalam mentransformasikan negeri ini ke arah ekonomi digital walaupun terdapat perubahan norma baharu yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dr. Zaidi Razak berkata, SMA dengan misi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang sosioekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan belia dijadikan rujukan utama untuk membangunkan pertubuhan ekonomi di Sarawak.

“Antara usaha yang telah dijalankan oleh SMA dalam mengatasi jurang digital di Sarawak adalah dengan melaksanakan Sarawak Multimedia Rural Telecommunication (SMART), sebanyak 600 tempat di kawasan pedalaman dan luar bandar telah dilaksanakan secara berperingkat.

“Sungguhpun begitu, usaha yang dilaksanakan ini tidaklah mudah seperti yang disangkakan kerana banyak cabaran yang perlu dilalui oleh pihak SMA terutamanya dalam kerja0kerja pembinaan dan pemasangan menara seperti jalan masuk yang sukar dilalui, kemudahan jalan raya yang terhad (penggunaan bot), pertikaian hak milik tanah dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit bukau,” katanya kepada pemberita.

Walaupun negara menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga ke hari ini, kerja-kerja pembangunan menara telekomunikasi tetap diteruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“SMA dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus meningkatkan hubungan jalur lebar ke kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak.

“Selain itu, pelbagai usaha telah di buar untuk mempertingkatkan jaringan bertaraf 5G di Sarawak yang juga melibatkan pelbagai projek infrastruktur telekomunikasi yabg sudah dirancang dan ada yang sedang dilancarkan di bawah usaha Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) dan sejajar dengan National Fiberisation Connectivity Plan (NFCP) SKMM,” tambahnya.

Program Sembang DIgital Normal Baru menerusi Sarawak FM ini dianjurkan oleh SMA dengan kerjasama AZAM Sarawak.

Temubual ini telah ke udara selama 15 minit dalam episod kedua yang ke udara pada 28 Ogos 2020. 

 

SMA komited dalam mentransformasikan Sarawak ke arah digital

KUCHING – 4 September 2020: Perubahan normal baru yang berpunca dari wabak Covid-19 sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada semua penduduk dunia termasuklah kita di Sarawak. Sungguhpun begitu, Dr. Zaidi bin Razak, Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) menyatakan bahawa pihaknya terus komited dalam membuat perubahan digital kepada negeri ini.

“Sarawak Multimedia Authority dengan misi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang sosio-ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan belia. Misi ini adalah sebagai rujukan utama dalam visi SMA untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi di Sarawak yang didukung oleh pengetahuan teknologi, inovatif dan digital,” kata beliau semasa ditemubual di Sembang Digital Sarawak anjuran SMA dengan kerjasama AZAM Sarawak.

Antara usaha yang dijalankan oleh SMA dalam mengatasi jurang digital di Sarawak adalah perlaksanaan Sarawak Multimedia Rural Telecommunication (SMART) sebanyak  600 di kawasan pedalaman dan luar bandar secara berperingkat.

Sungguhpun begitu, usaha ini tidaklah mudah, Zaidi berkata antara cabaran yang dilalui oleh pihak SMA dalam kerja-kerja pembinaan dan pemasangan  menara  adalah seperti jalan masuk yang sukar, kemudahan jalanraya yang terhad (penggunaan bot), pertikaian hakmilik tanah dan topologi negeri Sarawak yang berkawasan berbukit bukau.

Walaupun negara menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Pemulihan (PKPP) sehingga ke hari ini, kerja-kerja pembangunan menara-menara tetap diteruskan mengikut arahan kerajaan negeri Sarawak dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP).

“SMA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk meningkatkan hubungan jalur lebar ke kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak.” tambah beliau.

Zaidi menambah, usaha mempertingkatkan jaringan bertaraf 5G di Sarawak juga melibatkan pelbagai projek infrastruktur telekomunikasi yang sudah dirancang dan ada yang sedang dilancarkan di bawah usaha Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) dan sejajar dengan National Fiberisation Connectivity Plan (NFCP) SKMM.

Selain itu, terdapat juga program lain yang bertemakan Inklusiviti Digital turut dijalankan seperti,  Bengkel PANDei (People Accessible, Network, for Digital Empowerment Inclusivity)  bersama PUSTAKA Negeri Sarawak yang mendedahkan kemahiran literasi digital kepada masyarakat, selain program Rindok Digital dimana ia memberi peluang kepada masyarakat luar bandar berinteraksi secara terus dengan SMA dan agensi kerajaan yang lain.

Disamping itu, program-program berteraskan digital turut diadakan bagi mendidik dan mendedahkan masyarakat dengan kemudahan teknologi.

Pihak SMA juga mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi melalui Very Small Aperture terminal (VSAT) sebagai penyelesaian interim dalam mengatasi masalah telekomunikasi yang dialami oleh masyarakat pedalaman.  Beliau turut menegaskan bahawa menara yang dipasang tidak semestinya tinggi seperti menara lain akan tetapi ada yang hanya diletakkan di bangunan-bangunan dan mungkin dipasang diatas permukaan tanah yang rendah dan tidak boleh dilihat oleh sesiapa.

Beliau mengharapkan kerjasama daripada masyarakat luar bandar dapat sentiasa memberikan  kerjasama kepada kerajaan Sarawak untuk memudahkan usaha Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication dijalankan dengan sempurna.

Temubual ini telah keudara selama 15 minit dalam episod kedua yang keudara pada  28 Ogos 2020 manakala episod ketiga yang keudara pada 4 September 2020 dengan topik “Transformasi Sarawak ke Arah Digital” dalam Program Sembang Digital Normal Baru menerusi Sarawak FM anjuran SMA dengan kerjasama AZAM Sarawak. 

Program ini akan menemui anda selama 15 Minit mengupas topik yang menarik sesuai untuk menambahkan pengetahuan anda berkenaan dengan kemajuan Sarawak hari ini, setiap hari Jumaat bersiaran jam 9.30 pagi di Sarawak FM menerusi rancangan Selamat Pagi Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.sma.gov.my atau website AZAM Sarawak www.azam.org.my.

15 minit dalam sembang digital normal baru menerusi sarawak fm

PROMO POSTER SOCIAL MEDIA 2 episod 4 (5)

Jangan lupa temujanji anda bersama kami pada 11 September 2020 pada pukul 9.30 pagi membicarakan topik “Ke Arah Berkerajaan Digital” bersama En. Mohd Faizal bin Ibrahim, Pegawai Tadbir, Sarawak Multimedia Authority(SMA) dan En. Mohd. Hafeez Rosland bin Abdullah, Penolong Pegawai Tadbir, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dalam segmen Sembang Digital Normal Baru menerusi Sarawak FM. Pelbagai info menarik akan dibawakan kepada anda!

#normalbaru
#AZAMSarawak
Sarawak Multimedia Authority
SARAWAKfm

30 MINIT TEMUBUAL BERSAMA DR. ZAIDI BIN RAZAK DALAM SEGMEN PETANG ERA MENERAJUI ERA DIGITAL NORMAL BARU BERSAMA SMA-AZAM SARAWAK

IMG_20200903_084058_620

Jangan lupa dengarkan kami membicarakan topik “Peranan SMA dalam normal baru dan perancangan masa depan untuk pembangunan di Sarawak” bersama Dr. Zaidi bin Razak, Pengurus Besar, Sarawak Multimedia Authority (SMA) pada pukul 5 petang ini dalam Segmen Petang Era bersama Elya.

Bagi anda di Kuching boleh dengarkan di frekuensi Era 96.1, Sibu 96.3, dan Miri 101.3.

Petang Era Menerajui Era Digital Normal Baru bersama SMA-AZAM Sarawak.