Lawatan YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak ke booth AZAM Sarawak.

Sekitar sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2017

AZAM Sarawak memeriahkan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2017 (HBPNS2017) di Betong dengan menyertai pameran yang berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober 2017.

Sambutan hari belia tahun ini bertemakan ‘Belia Pencetus Inspirasi, Pemacu Inovasi’ memberikan makna yang mendalam untuk belia di Sarawak tampil dengan terus maju dan berdaya saing setanding belia lain di dunia.

“Sambutan daripada belia yang  ‘awesome’ membuktikan mereka faham konsep yang dibawakan oleh kerajaan dalam membangunkan negeri ini,” kata  Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan , Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemubual di booth pameran AZAM Sarawak bersempena sambutan.

Pameran AZAM Sarawak yang mendapat sambutan daripada orang ramai ini mengekalkan konsep menyebarkan maklumat melalui kaedah perkongsian antara seketariat AZAM Sarawak dengan pengunjung.

Aktiviti kuiz yang dijalankan  turut menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke booth pameran AZAM Sarawak. Pengunjung yang terdiri daripada golongan belia sehinggalah barisan pemimpin akar umbi menghangatkan lagi pameran AZAM di Betong ini.

Lawatan YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak ke booth AZAM Sarawak.
Abdul Karim (lima kiri) dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu (lima kanan), Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Snowdan Lawan (empat kiri) dan Residen Betong Friday Belik (tiga kiri) mengunjungi booth AZAM Sarawak semasa HBPNS2017.
Lawatan Tuan Friday Anak Belik, Residen bahagian Betong serta Isteri Puan Ani Isek ke Booth Pameran AZAM Sarawak.
Lawatan Residen bahagian Betong Friday (lima kiri) serta isterinya Ani Isek (empat kiri)
ke booth pameran AZAM Sarawak.
Temubual krew AZAM Online TV bersama Encik Ezekiel Lawat Anak Winston Dana Pegawai Pentadbir Sarawak (SAO), Pejabat Residen Bahagian Betong di hadapan booth pameran AZAM Sarawak.
Temubual krew AZAM Online TV bersama Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Bahagian Betong Ezekiel Lawat Winston Dana di hadapan booth pameran AZAM Sarawak.

Antara Pemenang Kuiz

Antara wakil Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Betong yang memenangi hadiah Kuiz di Booth Pameran AZAM Sarawak.
Antara wakil Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Betong yang menyertai kuiz di booth pameran AZAM Sarawak.

WhatsApp Image 2017-10-31 at 08.35.21 (1)WhatsApp Image 2017-10-31 at 09.34.57

Facebooktwitter