Social-Media-Promo_fb(2018)

Dengarkan “Randau Digital Sarawak” Sept 25-26!

KUCHING, September 20: Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama AZAM Sarawak tampil dengan rancangan radio bertajuk “Randau Digital Sarawak” . Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha program Inklusiviti Digital yang akan menemui pendengar CATS FM sebulan sekali sehingga bulan Februari tahun hadapan. “Randau Digital Sarawak” akan menyentuh topik-topik berkaitan dengan bidang ekonomi digital seperti sistem pembayaran tanpa tunai, pertanian digital, e-pelancongan, e-dagang dan sebagainya.

Dalam episod pertama program “Randau Digital Sarawak”, AZAM Sarawak bersama pegawai SMA akan mengupas mengenai peranan dan tanggungjawab SMA dalam menginovasikan bidang teknologi digital dan komunikasi yang akan memberi kesan kepada aspek pertanian, pelancongan dan perniagaan, serta memaksimumkan kemajuan yang dicapai agar dapat pergi ke arah peningkatan jaringan internet yang mampan di seluruh Sarawak. Melalui episod ini, pendengar dapat mengetahui lebih lanjut fungsi yang dimainkan oleh pihak SMA dalam meneraju Sarawak ke arah negeri digital pada masa hadapan.

Saksikan rancangan pertama “Randau Digital Sarawak” menerusi ketetapan berikut:

25 September 2018
Mai Mensia Maioh Semampai Sedia Enggau Digital
Segmen Rentak Ruai 3-4pm

26 September 2018
Keterangkuman Digital: Ke Arah Masyarakat Berdaya Sedia Digital
Segmen CATS Drive Time 5-6pm