BAU: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bau dan IM Sarawak telah menganjurkan program pembangunan belia luar Bandar untuk para belia di daerah ini.

Program yang dikenali sebagai Jejak Aspirasi Belia ini telah berlangsung selama dua hari mulai 1 hingga 2 Ogos sebagai usaha untuk menyediakan belia luar Bandar dengan platform untuk mempelajari peluang-peluang pembangunan terkini yang member impak kepada mereka.

Pada majlis pelancaran di Dewan Suarah Bau di sini semalam, Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh berkata, pembangunan belia dapat dilihat dari segi pendidikan, bakat, kepimpinan dan kemasyarakatan sebagai contoh kesukarelaan.

Read more here: AZAM, Pejabat Daerah Bau, IM Sarawak anjur ‘Jejak Aspirasi Belia’