Oleh : Mohd. Hassnal Hakim Junaidi

Gambar kenangan AZAM Young Souls (AYS) lama dan baharu selepas tamat program.
Gambar kenangan AZAM Young Souls (AYS) lama dan baharu selepas tamat program.

“Belia inovatif dapat menjamin masa depan Negara.”

Begitulah kata-kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam menegaskan agenda kerajaan negeri yang menjurus kepada pembangunan dalam bidang Ekonomi Digital.

Tambahan pula, belia masa kini harus bertindak sebagai pemacu kepada perubahan daripada hanya menggunakan teknologi kepada pencipta teknologi yang dapat membekalkan perkhidmatan yang dapat digunakan oleh semua orang.

Justeru itu, pihak AZAM Sarawak begitu giat dalam menjalankan pelbagai program berkaitan dengan belia. Potensi yang ada pada belia Sarawak hari ini tidak boleh kita pandang enteng kerana populasi yang semakin bertambah dalam kelompok belia ini bakal menjamin aset yang berharga kepada pembentukan pembangunan negeri ke arah yang gemilang.

Taklimat Sesi Suai Kenal yang dikendalikan oleh Encik Ariff Irwani Encik Ariff Irwani, Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak kepada peserta.
Taklimat Sesi Suai Kenal yang dikendalikan oleh Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak Mohamad Ariff Irwani Azahari kepada peserta.

AZAM Bootcamp sememangnya menjadi program wajib yang menyediakan para belia AZAM untuk terus kekal aktif dan progresif dalam menjalani tanggungjawab mereka sebagai perwira yang dapat memajukan pembangunan negeri.

Disamping itu, program ini dapat membekalkan potensi kedalam diri mereka untuk tampil menyuarakan pendapat, idea dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang akhirnya dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negeri dari aspek kemahiran diri belia itu sendiri.

Rata-rata peserta berpuas hati dan merasakan program sebegini tidak puas jika hanya dilaksanakan dalam masa satu hari setengah sahaja. Hal ini kerana, mereka merasakan tempoh yang singkat ini tidak mencukupi disamping pengisian program yang menarik dan dapat menambah minat mereka untuk menyertainya.

“Program ini sememangnya menarik, kami dapat menyuarakan pendapat dan berkongsi apa yang kami lakukan diantara satu sama lain,” kata Seph Hairi, 27, belia baharu AZAM Sarawak yang juga merupakan usahawan sosial.

IMG_20171014_093336

Program yang berlangsung selama satu hari setengah ini telah dihadiri oleh seramai 34 orang belia AZAM yang lama dan baharu. Program ini menjadi langkah permulaan kepada merealisasikan acara tahunan AYC Live tahun ini yang akan diadakan di Borneo744 (B744) pada 18 November 2017.

“Saya sangat meminati untuk menyertai Belia AZAM dari dulu lagi. Tambahan pula, dengan kelebihan yang saya ada saya percaya saya dapat mencurahkan bakti kepada masyarakat,” Amanina Matali, 25.

Program bermula dengan sesi suai kenal antara belia baharu AZAM yang majoritinya adalah dalam lingkungan usia 18 tahun ke atas. Seterusnya, sesi pengenalan dikendalikan oleh Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak Mohamad Ariff Irwani Azahari.

Azam honorary secretary Mohammad Ariff Irwani Azahari.
Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak Mohammad Ariff Irwani Azahari

Dalam sesi ini, belia AZAM dapat mengenali dengan lebih lanjut berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan oleh AZAM terutamanya kepada golongan belia di bandar mahupun luar bandar.

Selain itu, ahli AZAM Sarawak Telemachus Lo turut hadir dalam memberikan informasi berkenaan dengan tatacara berhadapan dengan khalayak dan menambah keyakinan dalam menyuarakan pendapat.

Sesi pembentangan yang bertajuk Kemahiran mewakili organisasi dalam memberikan impak yang positif atau Skills-Presenting For Impact & For Positive Representation of the Organisation yang dikendalikan oleh Encik Telemachus Lo, Ahli AZAM Sarawak.
Sesi pembentangan yang bertajuk Kemahiran mewakili organisasi dalam memberikan impak yang positif  atau Skills-Presenting For Impact & For Positive Representation of the Organisation yang dikendalikan oleh Telemachus Lo, Ahli AZAM Sarawak.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk melahirkan belia AZAM yang produktif serta dapat membawa imej AZAM kemana sahaja mereka pergi.

Oleh yang demikian, program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama belia AZAM dan memberi kefahaman lebih mendalam terhadap bidang tugas mereka kepada masyarakat.

“Program ini perlu mereka tahu kerana peluang untuk mendapatklan info ini adalah pecuma dan sukar untuk didapati dilua,” tambah Lo ketika menyampaikan pembentangan kepada peserta program.

Sesi penerangan berkenaan dengan pengenalan B744 kepada peserta program oleh Encik Syed Amierul, Pengurus Besar B744.

Sesi penerangan berkenaan dengan pengenalan B744 kepada peserta program oleh pengurus besar B744 Syed Amierul Asyraf (duduk).

Tidak ketinggalan juga, pengurus besar B744 Syed Amierul Asyraf juga turun padang bersama-sama memberikan pengenalan berkenaan dengan tempat mereka agar dapat menjadi pusat aktiviti kepada para belia dalam menjalankan aktiviti yang mereka inginkan.

B744 juga merupakan tempat dimana akan berlangsungnya AYCLive 2017 pada bulan November nanti.

“Kami perlukan anda untuk menghidupkan suasana di B744,” kata Syed Amierul semasa memberi penerangan tentang B744 kepada peserta.

Interpretasi Idea dan Konsep AYClive @B744

Peserta membentangkan pembentangan mereka kepada panel penilai dan juga peserta yang hadir pada program berkenaan.
Peserta membentangkan pembentangan mereka kepada panel penilai dan juga peserta yang hadir pada program berkenaan.

Sesi pembentangan pada sebelah malam pula memerlukan para belia AYS untuk menyampaikan tugasan yang diberikan kepada mereka dalam medium yang mengkehendakkan mereka untuk mengaplikasikan perkara yang mereka pelajari.

Dalam sesi ini, para belia dapat mengatasi rasa takut berhadapan dengan orang ramai serta kurang berkeyakinan.

Pembentangan peserta juga dinilai oleh dari kiri, Encik Ariff Encik Ariff Irwani Encik Ariff Irwani, Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak, Encik Telemachus Lo, Ahli AZAM Sarawak dan Cik Rosalind Yang Misieng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak.
Pembentangan peserta juga dinilai oleh (dari kanan) Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak Mohamad Ariff Irwani Azahari, Ahli AZAM Sarawak Telemachus Lo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Rosalind Yang Misieng.

Tambahan pula, perkongsian daripada Lo berkenaan dengan postur badan dan pandangan mata kepada audiens amatlah penting agar segala mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dan jelas.

“Jika kita berhadapan dengan orang, mata adalah aset yang paling wajib kerana pandangan mata yang baik dapat menambahkan rasa yakin kita dan melahirkan kepercayaan kepada para pendengar,” kata Lo kepada peserta.

Belia sihat dan berfikir di luar kotak

Para peserta program giat melakukan aktiviti senamrobik di pagi hari kedua.
Para peserta program giat melakukan aktiviti senamrobik di pagi hari kedua.

Kesihatan merupakan kunci utama dalam kejayaan, sekiranya badan kita tidak sihat segala aktiviti kita akan terbantut. Oleh yang demikian, program bootcamp 2017 ini juga menerapkan aktiviti cergas yang dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh seketariat AZAM Sarawak.

Selain itu, para peserta juga dipecahkan kepada lima kumpulan dan membentuk slogan kumpulan masing-masing agar dapat mencipta suasana yang cergas dan segar. “aktiviti ini dapat menimbulkan rasa semangat berpasukan antara mereka, inilah tujuan kita menjalankan program sebegini,” kata Mohamad Ariff ketika ditemubual.\

Encik Ariff Irwani Encik Ariff Irwani, Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang bersama Encik Telemachus Lo, Ahli AZAM Sarawak dan Cik Rosalind Yang Misieng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak.
Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak Mohamad Ariff Irwani Azahari (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang bersama Ahli AZAM Sarawak Telemachus Lo (dua kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Rosalind Yang Misieng (kiri),

Tambahan pula, aktiviti explorace yang dijalankan turut menggamatkan suasana dan rata-rata maklum balas daripada peserta amatlah memberansangkan.

Melalui kaedah ini, jelas dapat kita saksikan hubungan diantara ahli yang lama dan baru bersatu padu dalam mewujudkan hubungan berpasukan dan sekaligus dapat menaikkan lagi nama AZAM Young Souls (AYS) sebagai satu jenama belia yang kuat dalam bidang kesukarelaan, bakat, kemahiran dan juga pembangunan negeri.