Oleh : Mohd. Hassnal Hakim Junaidi
Diterjemah dan disunting oleh : Margaret Apau

KUCHING: Dalam usaha kita memastikan pembangunan ekonomi digital di Sarawak terus berkembang, AYCLive@B744 tampil menyediakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan demi untuk menggalakkan penglibatan belia dalam agenda pembangunan negeri ini.

Kira-kira 350 orang pengunjung telah menghadirkan diri dalam program kerjasama antara AZAM Young Souls dan AZAM Sarawak yang berlangsung pada 18 November 2017 di Borneo744 Jalan Semangat itu, antaranya adalah terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), persatuan belia sekitar Kuching dan Samarahan serta orang awam.

Pengunjung turut tidak melepaskan peluang dalam menyertai bengkel tekno keusahawanan yang dikendalikan oleh Mac Jake yang membicarakan berkenaan dengan peluang anak muda dalam menembusi pasaran hari ini dalam membina kerjaya mereka masing-masing.

Mac Jake pengasas CampFyre dan rakan kongsi bagi Squirtle Sdn Bhd memberi penekanan kepada kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.
Mac Jake pengasas CampFyre dan rakan kongsi bagi Squirtle Sdn Bhd memberi penekanan kepada kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.

Selain itu juga, Wilson Beh yang merupakan pakar dalam bidang fintech atau teknologi kewangan, juga tidak ketinggalan dalam memberikan pendedahan kepada peserta bengkel mengenai konsep dan senario dalam bidang ini supaya mereka faham akan kepentingnya dan dapat mengadaptasikan ia sekaligus merealisasikan perkembangan ekonomi digitial di Sarawak.

Beh semasa mengendalikan bengkel tentang teknologi kewangan.
Beh semasa mengendalikan bengkel tentang teknologi kewangan.

Bengkel keusahawanan seni yang dikendalikan oleh Shaikh Azahar Shaik Hussain, pensyarah fakulti seni gunaan dan kreatif Unimas, pula memperlihatkan potensi bidang ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai minat semata-mata malah ianya dapat memberikan pulangan dari segi ekonomi kepada kita semua.

Syaikh Azahar menekenkan tentang potensi bidang seni dalam arena ekonomi digital.
Syaikh Azahar menekenkan tentang potensi bidang seni dalam arena ekonomi digital.

Selain daripada perkongsian ilmu daripada pakar, AYCLive@B744 juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti busking, jamming, pameran motosikal dan kereta besar, pameran cosplay, jualan lambak, pameran pendidikan dan banyak lagi.

Tambahan pula, AYCLive@B744 kali ini juga memberikan kelainan apabila julung kalinya penganjuran ini melibatkan sesi forum yang dikenali sebagai sesi “Ngopi Ngeteh” dengan membicarakan topik bertajuk “Adapting to Change and Riding On Trends in the 4.0 Era”.

Forum ini menampilkan ahli panel seperti Zaiwin Kassim, kurator TEDx@Kenyalang, Beh, salah seorang pengasas PolicyStreet dan Ashweein Narayanan, wakil dari hub masyarakat kreatif HAUS KCH dan wakil MAGIC Sarawak Amirin Arsyan dan dikendalikan oleh AZAM Young Souls iaitu Muhd Ammar Zafri Zainuddin dan Amalina Matali.

Sesi "Ngopi Ngeteh" membicarakan tentang potensi ekonomi digital untuk membangunkan masa depan belia Sarawak.
Sesi “Ngopi Ngeteh” membicarakan tentang potensi ekonomi digital untuk membangunkan masa depan belia Sarawak.

Forum sesi ini diserikan lagi dengan persembahan pertunjukkan fesyen daripada mahasiswa Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) diriingi dengan persembahan muzikal daripada At Adau, Soundholic, Foxgloves dan persembahan tarian moden dari kumpulan tari UNIMAS.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Dominic Chuo, Ahli Lembaga AZAM Sarawak dan turut sama Lelia Sim Ah Hua, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak.

Mengambil gambar sebagai kenangan selepas akhirnya forum: (dari kiri) Amirin, Zaiwin, Sim, Ashweein, Chui, Beh dan Timbalan Pegawai Eksekutif Rosalind Yang Misieng.
Gambar kenangan selepas tamat sesi forum: (dari kiri) Amirin, Zaiwin, Sim, Ashweein, Chuo, Beh dan Timbalan Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Rosalind Yang Misieng.

Turut hadir sama memeriahkan majlis adalah Krew Cats Rangers yang mengadakan kuiz kepada orang ramai dan dikuasakan oleh Warrior Energy Drink selaku penaja minuman khas pada hari tersebut.