TEMU BUAL.... Heineken Laluan (kiri) Pegawai Komunikasi AZAM Sarawak, Hassnal Hakim Junaidi (tengah) bersama juruhebah Azman Johari (kanan) di Studio Sarawak FM
TEMU BUAL…. Heineken Laluan (kiri) Pegawai Komunikasi AZAM Sarawak, Hassnal Hakim Junaidi (tengah) bersama juruhebah Azman Johari (kanan) di Studio Sarawak FM

KUCHING: Aplikasi Timogah bakal membantu pengusaha dan peniaga tempatan dalam mengembangkan medium perniagaan mereka secara dalam talian.

Pengasan Timogah, Heineken Laluan berkata, aplikasi yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberi platform kepada para petani tradisional dan moden dalam memasarkan produk mereka dalam pasaran tempatan menerusi digital.

“Para peniaga serta pengusaha produk tempatan sudak tidak perlu menggunakan perkhidmatan gerai ataupun pasar raya sebagai medium perniagaan mereka,” katanya ketika ditemubual dalam Program Sembang Digital Normal Baharu menerusi Sarawak FM, semalam.

Heineken berkata, idea penubuhan aplikasi ini tercetus apabila permintaan pengguna terhadap khidmat penghantaran makanan semakin meningkat sejak wabak pandemik Covid-19 ini.

Menurutnya, penggunaan platform digital seperti Timogah dalam pemasaran produk jualan terbukti membantu memastikan rantaian bekalan makanan tempatan dapat diteruskan serta memberi manfaat kepada semua pihak.

“gaya hidup digital ternyata mengubah serta memudahkan kehidupan kita terutama musim Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) ini. 

“Justeru, golongan sasai iaitu komuniti petani kecil luar bandar, peniaga kecil dan pengusaha produk tempatan harus menyesuaikan diri dengan normal baharu ini agar mampu bersaing dengan produk yang sedia ada,” ujarnya.

Beliau yang juga calon akhir Shell LiveWIRE global Top Ten Innovators Award 2020 turut menyatakan misinya untuk mendidik khususnya komuniti sasaran tersebut dalam menggunakan platform digital dalam usaha memasarkan produk jualan mereka.