Pada Sabtu, 9 Disember 2023, AZAM telah mengadakan kunjungan ke YAKIN Sarawak/Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) di Bangunan Yakin, Yayasan Sarawak, Wisma Adenan. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memahami fungsi dan objektif YAKIN Sarawak serta membincangkan potensi kerjasama antara AZAM Sarawak dan YAKIN.

YAKIN diwakili oleh Timbalan Pengerusinya, YBhg. Datu Dr. Haji Hatta Haji Solhi, bersama beberapa pegawai YAKIN. Turut hadir ialah Encik Asyraf Hardy Gauthal, ahli AZAM Sarawak dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia AZAM.

Selain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Cik Rosalind Yang Misieng, dan pegawai-pegawai AZAM, empat perintis AZAM Young Souls (AYS) juga turut menyertai kunjungan tersebut terdiri daripada saudara Mohd Fuad Suip, Timbalan Pengerusi AYS sesi 2023-2024, saudara Abang Sayidi, exco AYS 2023-2024, saudara Adruce Adzman, mantan Pengerusi AYS 2012-2014, dan saudara Razali Saat, ahli AYS yang berpengalaman.

Semasa kunjungan sabtu lepas, sukarelawan-sukarelawan AYS berpeluang berkenalan dengan para pelajar di YAKIN melalui aktiviti-aktiviti “ice-breaker” berbentuk persembahan nyanyian, dan pertandingan “TikTok challenge” yang menawarkan hadiah hamper sumbangan ahli AYS, Abang Sayiddi dan rakan.