Salam Takziah

Feb 21, 2024

Dukacitanya, kami di AZAM Sarawak ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau bukan hanya seorang pemimpin, tetapi juga orang yang sangat berjasa untuk kemajuan Sarawak. Selama lebih dari 40 tahun, beliau telah menjadi sokongan besar bagi AZAM Sarawak dalam memacu bidang Pembangunan Komunikasi di Negeri ini.

Kehilangan beliau dirasai oleh semua pihak. Semoga segala jasa dan pengorbanan beliau dihargai, dan diharapkan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dalam menghadapi masa yang sukar ini. Terima kasih atas segala dedikasi dan sumbangan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Al-Fatihah. 🙏🏼

#Takziah #AZAMSarawak #AbdulTaibMahmud