Tag Archives: digital inclusivity

Radio program SMA-AZAM musim ke-2 melabuhkan tirai dengan topik pembaharuan bidang perladangan kepada “Smart Farming”

KUCHING: Perladangan pintar penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) moden dalam bidang pertanian mempunyai potensi yang nyata untuk menghasilkan pengeluaran pertanian yang lebih produktif dan cekap sumber, selaras dengan visi membangunkan Sarawak sebagai ‘food basket’.

Justeru itu, rancangan radio Randau Digital Sarawak anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak membawa topik “Usaha penjenamaan semula bidang perladangan kepada ‘Smart Farming'” yang bersiaran langsung pada hari Rabu (25 Sept) bersama dengan wakil-wakil dari SMA .

“Melalui kaedah pertanian pintar, banyak kelebihan yang boleh didapati, antaranya penjimatan tenaga di mana petani hari ini boleh menguruskan ladang atau tanaman, pembajaan dan penyiraman boleh dibuat dengan hanya menekan butang pada telefon pintar mereka selain tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai serta mampu menjimatkan kos pengeluaran bagi baja dan juga masa,” kata Carolineson Nosin pegawai tadbir SMA dari unit Digital Economy Policy, Planning & Monitoring ketika ditemubual.

Carolineson Nosin, pegawai tadbir SMA menerangkan berkenaan dengan topik perladangan pintar ditemani oleh Cyril Klen Rogos yang merupakan pelatih SMA.
Carolineson Nosin, pegawai tadbir SMA menerangkan berkenaan dengan topik perladangan pintar ditemani oleh Cyril Klen Rogos yang merupakan pelatih SMA.

Menurut Carolineson, SMA memandang serius kemajuan bidang pertanian ini agar dapat meningkatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan selain mampu memajukan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman dan menjana pendapatan para petani ke arah yang lebih baik, serta melahirkan tenaga mahir dalam bidang pertanian yang lebih berdaya saing.

“Setakat ini SMA sedang mengumpul data berkenaan dengan kesesuaian bidang pertanian pintar ini dengan jenis tanaman yang ada. Data ini akan dijadikan panduan kepada para petani untuk menjalankan kegiatan pertanian mereka dengan khidmat nasihat dari pihak berwajib,” kata Carolineson.

Di samping itu, pertanian pintar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi, Kuching sedang giat dilaksanakan.
“Sekiranya projek TKPM Rampangi ini berjaya, ia diharapkan stesen-stesen pertanian lain akan dibangunkan di Sarawak,” tambah Carolineson.

Bagi petani-petani yang berminat, Carolineson mengemukakan bahawa terdapat banyak program moden yang diketengahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak antaranya, skim sistem tagang yang menggunakan sungai asli. DI samping menghasilkan pendapatan kepada para petani, skim sistem tagang ini juga dapat membentuk ekopelancongan yang mampu menarik pelancong dan sijil kepada pengeluaran sayur-sayuran mengikut gred bagi menjaga kualiti kepada orang ramai.

Teresa ak Billy Bayang, pengarah Positive Mind Sdn Bhd dan konsultan bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi Kuching ditemubual menerusi rancangan bahasa Iban dalam topik yang sama.
Teresa ak Billy Bayang, pengarah Positive Mind Sdn Bhd dan konsultan bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi Kuching ditemubual menerusi rancangan bahasa Iban dalam topik yang sama.

Sungguhpun begitu, petani yang berada di luar bandar diseru untuk mempelajari kaedah baru ini agar pengetahuan mereka menerusi bidang digital ini seiring dengan apa yang disediakan di bandar. Melalui perancangan memperkukuhkan capaian internet di luar bandar diharap dapat merancakkan lagi usaha para petani ini untuk merebut peluang mendigital pertanian hari ini.

Selain itu, beliau juga berharap agar data-data yang dikumpul boleh menjadi panduan kepada pihak-pihak yang relevan untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada para petani seluruh Sarawak.
Randau Digital Sarawak anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak musim kedua telah melabuhkan tirainya semalam melalui episode keenam yang membicarakan “Usaha Penjenamaan semula bidang perladangan kepada ‘Smart Farming’”.

Secara keseluruhannya, program radio ini sudah menyentuh topik-topik ekonomi digital seperti, Digital Innovation Hub (DIH) , Old Kuching Smart Heritage (OKSHe), People Accessible Network for Digital Empowerment and Inclusivity’ ( PANDei), memperkasakan e-pelancongan, dan memperkembangkan bidang ‘Research and Development’ di Sarawak.

Untuk keterangan lanjut mengenai topik dan program yang berkaitan dengan ekonomi digital, orang ramai boleh melayari laman web SMA di www.sma.gov.my atau AZAM Sarawak di www.azam.org.my.

SMA-AZAM workshop builds on community awareness on digital economy in Kapit

KAPIT, July 4: Increasing innovations and development in digital platforms such as mobile commerce and online businesses has created vast opportunities in the marketplace, empowering entrepreneurs and startups with the opportunity to plan out their own marketing strategies, and connect them with a more diverse customer base from all over the world, leveling the playing field for SMEs and retailers alike.

In line with the Sarawak government’s intensive efforts to transform Sarawak’s conventional economy to a digital economy, Sarawak Multimedia Authority (SMA) in collaboration with Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak held the third edition of its Community Digital Initiative workshop series from 3-4- July 2019 in Kapit as part of a statewide campaign to spread digital inclusivity.

Conducted by representatives from government and private sectors such as SMA, Pustaka Negeri Sarawak, Center of Technical Excellence (Centexs) and local industry players, the workshop aimed to empower Village Development and Security Committees (JKKK) and entrepreneurs with relevant e-commerce marketing skills and netowrking that can enable them to mobilise their respective communities to initiate activities that promote and nurture the digital economy.

KAPITIMG20190704130308

About 40 participants comprising selected JKKK members and local entrepreneurs from Kapit Division attended this one-and-a-half day workshop which aimed to provide a platform for local community leaders and JKKK to play their role as state development frontliners in motivating and mobilising their communities to be digital-ready.

To achieve this objective, a representative from SMA gave an overview of Sarawak’s digital economyh strategy to better facilitate participants’ understanding and implementation of digital initiatives with their communities.

Other workshop highlights were knowledge sharing sessions from successful industry players like apparel and accessories entrepreneur Neng Kho Razali, on how to leverage on digital platforms to market original Bornean designs to the international market, and agro-based entrepreneur Heineken Laluan on packaging, shipping, and selling local produce to global markets.

KAPITIMG20190704133631

The first and second edition of the workshop was held in Lawas last year and in Bintulu in March 2019.

For more information, contact AZAM Sarawak’s Community Development Unit officer Yaana Singkie at 082-411799 or email: yaana@azam.org.my.

KAPITIMG20190704132418

KAPITIMG20190704132434

KAPITIMG20190704132500

Manfaatkan media sosial sebar luas produk pelancongan

BINTULU: Pengusaha industri pelancongan perlu lebih agresif memasarkan produk pelancongan mereka melalui e-pelancongan dalam media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata, ini termasuk blog, WhatsApp, Facebook, AirBnB, Trivago, Agoda dan Booking.com yang merupakan aplikasi popular dalam industri pelancongan global pada masa ini.

Beliau berkata, pengusaha pelancongan pada era digital tidak dapat beroperasi secara berasingan, sebaliknya memerlukan rangkaian kerjasama dengan pihak lain terutamanya membabitkan penggunaan kemudahan aplikasi digital.

READ MORE: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/21/manfaatkan-media-sosial-sebar-luas-produk-pelancongan?fbclid=IwAR2NFKlYTntq7UrMp3_VrfKEMtqRGhnktBfzymKH_cV-njVsAcBzVBZRtuY

Promosikan Bintulu secara digital – Majang

BINTULU: Kelebihan sebagai bandar minyak dan gas serta tempat yang ideal untuk dikunjungi pelancong antarabangsa dan domestik perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju Majang Renggi berkata, pengusaha-pengusaha pelancongan perlu mengambil peluang untuk mempromosikan bandar ini secara digital.

Katanya, Bintulu berada di kedudukan yang strategik apabila menjadi pintu masuk utama untuk ke Belaga, Murum, Tatau dan beberapa kawasan sekitarnya seperti ke Empangan Bakun dan Empangan Murum.

Read more: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/20/promosikan-bintulu-secara-digital-mejang?fbclid=IwAR2E-YQWMRRcW7rEVpVnk0pJEaB3WlddVTvsBCONnhr1LyLPpHr_nkIM6Kk

AZAM sertai jerayawara belia “Digital Inclusivity” anjuran UKAS dengan kerjasama SMA di Mukah

Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak telah mengadakan pameran bersempena dengan  Hari bersama belia Mukah dalam Ekonomi Digital anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA)  pada 10 Oktober 2018 yang lalu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendekatkan fahaman ekonomi digital dalam diri belia Mukah.

Continue reading AZAM sertai jerayawara belia “Digital Inclusivity” anjuran UKAS dengan kerjasama SMA di Mukah