Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mencadangkan agar Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak menubuhkan sebuah institut komunikasi sebagai pendekatan baru mendekati rakyat supaya bertindak balas secara positif terhadap transformasi pembangunan yang berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Abdul Taib, yang juga penaung AZAM berkata AZAM boleh menyelaras dengan media massa dan jentera kerajaan tempatan serta menjalin rangkaian dengan ahli majlis tempatan yang dilatih oleh mereka untuk membolehkan orang ramai berinteraksi melalui aktiviti sosial dan kebudayaan.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/12/18/azam-disaran-tubuhkan-pusat-komunikasi-dekati-rakyat/#1sprLmqHlMSVIzR0.99