AYCLive@B744

KUCHING: Workshops, musical performances, recreational sports and more await at Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak’s latest edition of AYCLive on November 18 at Borneo744.

Free and open to the public, AYCLive@Borneo744 will be a one day event starting from 8am to 6pm. AYCLive is AZAM Sarawak’s signature youth event that combines artistic and recreational activities with programmes that promotes personal and professional growth among the youth.

Among the bands slated to perform at AYCLive@Borneo744 are At Adau, Soundholic, Foxgloves, Amey Suhaili, Afiq Zafi, Adi Bazli, Co-Ed Crew, Kenshin Clan, and Imaginasi Music.
Among the bands slated to perform at AYCLive@Borneo744 are At Adau, Soundholic, Foxgloves, Amey Suhaili, Afiq Zafi, Adi Bazli, Co-Ed Crew, Kenshin Clan, and Imaginasi Music.

Come and be entertained with musical performances by At Adau, Soundholic, Foxgloves and modern dance by University Malaysia Sarawak (Unimas). Watch out for the fashion show staged by Limkokwing Borneo which will also see At Adau performing.

Other goings-on at AYCLive include a skateboarding clinic, RC Kuching Drift, big bike and autoshow, K-Wheel rider, Creatives showcase and a flea market.

Besides an exciting lineup of activities and performances, this edition of AZAM’s signature urban youth programme also aims to engage with Millennials in discussions on what’s ahead for them in the age of the digital economy.

Three workshops will be run concurrently from 8am to 12pm focusing on technopreneurship, artpreneurship and financial technology (fintech) in the digital economy.

The workshop on technopreneurship organised in collaboration with MaGIC Sarawak which will feature Mac Jake, a founder of CampFyre and managing Partner at Squirtle Sdn Bhd, will emphasise on creativity and innovation in entrepreneurship, leveraging on current digital technology and its rise in the ‘Internet Economy’.

Meanwhile, the workshop on fintech will give participants an overview of this rapidly growing sector in Malaysia and the region. The two-hour workshop will also expose local youths to modern financial management systems towards assisting their development into technopreneurs, where business or economic activities will be increasingly dependent on modern and digital financial technologies.

Young creatives will share ideas on how to turn their passion into a business or enterprise in the workshop on artpreneurship. Whether they are into film-making, handicraft, fashion or performing art, this session led by Shaik Azahar  Shaik Hussain from Unimas’ Faculty of Applied and Creatives Arts will enable them to discuss challenges, opportunities, business models, networking and related concerns in monetising their talents and products.

Among the speakers for "Ngopi Ngeteh" session on AYCLive@B744 this 18 November.
Among the speakers for “Ngopi Ngeteh” session on AYCLive@B744 this 18 November.

The ‘Ngopi Ngeteh’ session to be held in the Blackbox from 2pm-6pm on “Adapting to Change and Riding on Trends in the 4.0 Era” will feature TEDx@Kenyalang curator Zaiwin Kassim, PolicyStreet co-founder Wilson Beh, MaGIC Sarawak representative Amirin Arsyan and a HAUS Kch representative Ashweein Narayanan as panellists.

Moderated by AZAM Young Souls Amanina Matali and Muhd Ammar Zafri Zainuddin, the panel session is designed to evaluate the digital readiness of Sarawak youth, upcoming developments or scenarios brought on by increased digitisation and explore the growth opportunities available.

The AYCLive event was first introduced by AZAM in 2013 through collaborative ideas and concepts with local youth volunteers with various talents, skills and interests including, performing art, extreme sports, visual art, community service, and entrepreneurship. It is one of many youth activities by AZAM to engage with the youths in current socio-economic development in Sarawak, to ensure youth inclusion in the overall development process.

For more information, check out AZAM Youth Central’s Facebook page (https://www.facebook.com/azamyouthcentral/) or AZAM Sarawak’s webpage at www.azam.org.my.

 

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DIJALANKAN DI PROGRAM BELIA AZAM AYCLIVE@B744

 

KUCHING:  Aktiviti seperti Bengkel Keusahawanan Tekno, Seni dan Teknologi Kewangan, persembahan muzik, sukan rekreasi dan banyak lagi menanti anda di AYCLive edisi terbaru anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) pada 18 November 2017 ini nanti  di Borneo744.

Program satu hari yang bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang ini terbuka kepada orang ramai disamping menggalakkan pembangunan kendiri dan profesional di kalangan belia Sarawak.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, antaranya persembahan muzik dari At Adau, Soundholic, Foxgloves dan tarian moden yang akan dipersembahkan oleh kumpulan Co-ed krew dan Kenshin Clan yang merupakan graduan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selain itu juga, pertunjukan fesyen yang melibatkan pelajar-pelajar fesyen dari Limkokwing Borneo juga akan dipersembahkan kepada anda.

Bagi peminat skateboard, RC Kuching Drift, Big Bike dan autoshow serta K-Wheel Rider turut dimuatkan dalam program ini. Tidak lupa juga pameran kreatif dan pasar lambak yang melibatkan pelbagai jenis barangan turut disediakan.

Selain daripada aktiviti dan persembahan yang menarik, AYCLive@B744 juga bertujuan untuk melibatkan diri para belia hari ini dalam mengenal pasti peranan mereka bagi menempuh era ekonomi digital seiring dengan agenda pembangunan negeri hari ini.

Program ini turut menampilkan 3 bengkel yang berlangsung serentak pada sebelah pagi yang memberi tumpuan kepada bidang Keusahawanan Tekno, Seni dan Teknologi Kewangan (fintech). Bagi topik Keusahawanan Tekno,  MaGIC Sarawak akan bekerjasama dengan pihak AZAM Sarawak dengan menampilkan Mac Jake yang merupakan pengasas CampFyre dan rakan kongsi bagi Squirtle Sdn Bhd yang akan memberi penekanan kepada kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan, memanfaatkan teknologi digital semasa dan peningkatan dalam ‘Ekonomi Internet ‘.

Sementara itu, bengkel fintech akan memberi gambaran keseluruhan mengenai sektor yang berkembang pesat di Malaysia dan rantau ini. Bengkel dua jam itu juga akan mendedahkan belia tempatan kepada sistem pengurusan kewangan moden untuk membantu mereka menjadi usahawan tekno yang berkaliber dan dapat mengadaptasi aktiviti perniagaan serta ekonomi yang semakin bergantung kepada teknologi kewangan moden dan digital.

Tidak ketinggalan juga golongan kreatif muda turut berpeluang untuk berkongsi idea mengenai cara untuk menjadikan minat mereka bertukar kepada satu perkara yang melibatkan perniagaan atau perusahaan dalam bengkel Keusahawanan Seni. Tidak kiralah sama ada dalam bidang penghasilan filem, kraftangan, fesyen mahupun seni persembahan. Sesi ini yang dikendalikan oleh Shaik Azahar Shaik Hussain dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS ini juga akan membincangkan berkenaan dengan cabaran, peluang, model perniagaan, rangkaian dan dilema yang berkaitan dengan bakat dan produk mereka.

Pada sebelah petang pula akan berlangsung Sesi ‘Ngopi Ngeteh’ yang akan diadakan di Blackbox  di Borneo744 bermula jam 2 petang hingga 6 petang  yang melibatkan tajuk  ‘Adapting to Change and Riding on Trends in the 4.0 Era’ (Mengadaptasi Perubahan dan  dan seiring dengan Aliran Era 4.0).

Aktiviti ini akan menampilkan ahli panel seperti kurator TEDx @ Kenyalang Zaiwin Kassim, pengasas bersama PolicyStreet Wilson Beh, wakil MaGIC Sarawak Amirin Arsyan dan wakil HAUS Kch, Ashweein Narayanan. Ia bertujuan untuk menilai kesediaan belia Sarawak dalam bidang perkembangan atau senario pada masa akan datang yang dibawa oleh peningkatan dunia digital di samping meneroka peluang pertumbuhan yang ada.

Sesi ini akan dikendalikan oleh Amanina Matali dan Muhd Ammar Zafri Zainuddin yang merupakan AZAM Young Souls.

AYCLive@B744 merupakan program yang julung kali diadakan di luar AZAM Youth Central sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 melalui idea dan konsep kerjasama antara sukarelawan belia tempatan dengan perkongsian bakat, kemahiran dan kepentingan termasuk seni persembahan, sukan ekstrim, seni visual, khidmat masyarakat dan keusahawanan. Tambahan pula, program ini merupakan salah satu daripada aktiviti belia AZAM untuk melibatkan diri dengan belia lain dalam pembangunan sosio-ekonomi semasa di Sarawak disamping memastikan belia mempunyai peranan dalam aspek pembangunan secara keseluruhan.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila layari Facebook AZAM Youth Central (https://www.facebook.com/azamyouthcentral/) atau website AZAM Sarawak di www.azam.org.my.