Sungguhpun keluasan Lawas kecil berbanding dengan kawasan lain di Sarawak, pasti semua orang akan terkejut dengan keindahan dan kecantikkan flora dan fauna yang mampu menarik minat pelancong untuk datang ke sini.

Menurut Joseph Yusuf Tai, 51, usahawan Penawan Eco Park, Lawas sememangnya seperti kawasan lain di dunia mempunyai daya tarikan semulajadi dan sekaligus dapat memberikan pulangan dalam aspek pelancongan di negeri Sarawak.

“Lawas mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, antaranya Penawan Waterfall Eco Park, Merarap Hot Springs, Long Lidong Tagang Ikan, dan Menegang Place yang mana merupakan satu tempat yang terletak di atas bukit yang mana mempunyai “view”yang sangat cantik dan terus pergi ke Ba Kelalan yang merupakan sebuah tempat yang memang sudah popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara,” kata beliau semasa ditemubual oleh pihak Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak semasa Bengkel Inisiatif Digital di Lawas.

Joseph Yusuf Tai, 51 usahawan Penawan Ecopark, Lawas ketika di temubual
Joseph Yusuf Tai, 51 usahawan Penawan Ecopark, Lawas ketika di temubual

Bengkel tersebut merupakan anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama AZAM memfokuskan golongan usahawan dalam mencari strategi baharu untuk menjalankan perniagaan mereka menerusi gelombang ekonomi digital.

Kesemua kawasan ini membuktikan bahawa Lawas juga boleh menjadi salah sebuah kawasan yang mesti dilawati kerana keindahan flora dan fauna semulajadi yang ada pada masa kini. Tambahan pula, Penawan Waterfall itu sendiri mempunyai terlalu banyak air terjun yang berada di kawasan sungai yang dikenali sebagai “penawan tupet” yang bermaksud berdiri.

image3Selain daripada aktiviti mendaki ke air terjun di kawasan yang ada 10 buah air terjun, ada aktiviti lain seperti berkelah, retreat, dan “team-building”.

Tambah beliau lagi, Lawas juga mempunyai tempat yang tercatat dalam 10 kawasan terbaik untuk melihat burung didunia yang dikenali sebagai Paya Maga. Tidak kurang dari itu, melalui aspek kreativiti juga, para pelancong boleh datang ke kawasan Lawas Damit untuk melihat sendiri proses pembikinan manik daripada tanah dan kostum seperti baju dan topi daripada kulit kayu dan banyak lagi.

Penawan Eco Waterfalls

Lawas sebagai lubuk usahawan muda

Menurut Nurhasrianie Hasan, 29, seorang usahawan, Lawas turut menjadi pusat tarikan pelancong menerusi bidang keusahawanan tahai.

“Tahai merupakan proses pengeringan ikan daripada ikan tamban yang boleh dijadikan sambal dan sos untuk menambah keenakan dalam masakan hari ini, tambah pula, Ikan tahai itu sendiri boleh dimasak sup dan digelar sebagai Sup Dadah di sini,” kata beliau.

Nurhasrianie menyatakan bahawa kebanyakkan pelancong yang datang ke Lawas akan membawa balik tahai, tidak kiralah dalam proses sudah menjadi sambal, sos atau belum dibuat apa-apa.

Produk makanan yang “original” dipasarkan di Pasar Tamu Lawas.
Produk makanan yang “original” dipasarkan di Pasar Tamu Lawas.

Keadaan ini menunjukkan bahawa produk Lawas juga mendapat perhatian daripada orang luar untuk datang ke Lawas. Setakat ini ikan tahai ini sudah diproses ke luar kawasan Lawas seperti Brunei dan Sabah. Di Sarawak pula, meliputi kawasan seperti Miri dan Limbang sahaja.

Bidang perniagaan Lawas dalam kalangan orang muda tempatan sememangnya sama dengan kawasan lain di Sarawak, menurut Jofariza Awang Kifli, 33, yang mengakui dirinya tidak terlepas dari menggunakan media sosial sebagai platform untuk berurus niaga dengan pelanggannya di sekitar Lawas, Kota Kinabalu, Brunei dan Limbang.

“Saya merasakan penggunaan medium ini lebih cepat dan efektif kerana ianya senang untuk diakses oleh semua orang, tambahan pula semua orang kini mempunyai akaun Facebook mereka yang tersendiri. Justeru itu, cara ini memudahkan urusan saya dan rakan-rakan,” kata beliau ketika ditemubual.

Antara contoh langkah promosi yang dijalankan oleh usahawan di Lawas dalam memudahkan orang ramai untuk membuat tempahan dan melihat sendiri kemudahan dan aktivit yang dapat dijalankan di sana.
Antara contoh langkah promosi yang dijalankan oleh usahawan di Lawas dalam memudahkan orang ramai untuk membuat tempahan dan melihat sendiri kemudahan dan aktivit yang dapat dijalankan di sana.

Selain itu, Nurul Arshida, 24, turut bersetuju dengan adanya media sosial ini segala urusan perniagaan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas. Seperti beliau yang terlibat dalam penjualan produk besar seperti Amway menyifatkan langkah ini dapat menjimatkan kos masa dan perbelanjaan beliau untuk mempromosikan barangan beliau dari rumah ke rumah. Setakat ini, pelanggan beliau terdiri daripada semenanjung, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Beliau yang giat dalam mencari produk baharu untuk di pasarkan mengakui langkah menggunakan media sosial ini tidak terlepas daripada persaingan antara penjual yang menjual produk yang sama dan mengenakan harga yang lebih rendah. Oleh yang demikian, beliau sentiasa memikirkan strategi baharu dalam memperkambangkan perniagaan dari masa ke semasa.

Selain itu juga, para peniaga di Lawas turut mengakui media sosial ini mampu membantu mereka untuk menjana pendapatan yang lumayan sekaligus memberi mereka motivasi untuk terus giat terlibat dalam bidang ini.

Saksikan video AZAMOnlineTV di bawah: