KUCHING: Program radio Randau Digital Sarawak kembali lagi bulan ini dengan topik “Juh, kenali apa itu Old Kuching Smart Heritage (OKSHE)” memberikan para pendengar di seluruh Sarawak gambaran tentang inisiatif memelihara dan memulihara warisan.

OKSHE merupakan inisiatif di bawah Jabatan Ketua Menteri bertanggungjawab di atas inisiatif untuk memelihara dan memulihara warisan dan budaya melalui teknologi pintar. Antara objektif OKSHE adalah untuk  membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat melalui perubahan dari segi cara hidup.

Gambar 1
Gambar kenangan selepas tamat Randau Digital Sarawak (Bahasa Melayu) episod 2 dengan (dari kiri) Hakim Junaidi, Abang Nashriq, Prof Khalid dan Dj Rezz.

Antara contoh inisiatif yang dilaksanakan adalah program Agenda OKSHE yang di adakan pada 25 – 31 Mac 2019 yang memperkenalkan penggunaan e-wallet seperti Sarawak Pay kepada pengusaha dan warung kecil di kampung melalui peraduan dan pertandingan yang menggunakan aplikasi telefon pintar. 

Selain itu teknologi AR/VR telah digunakan untuk membangunkan inisiatif memelihara, memulihara dan menyampaikan penceritaan sejarah dan tradisional kepada generasi akan datang.

“OKSHE merupakan projek perintis untuk menjadikan Old Kuching sebagai bandar warisan pintar di Kuching dalam tempoh masa lima tahun akan datang,” kata Profesor Ir. Dr. Al Khalid bin Haji Othman, Timbalan Ketua Saintis dan merangkap Ketua Penasihat Ekonomi Digital Sarawak dalam temubual Randau Digital Sarawak yang disiarkan 22 Mei 2019.

Gambar 2
Beliau bersama Pegawai Tadbir Sarawak Multimedia Authority (SMA) Abang Mohd Nashriq bin Abang Heilman, Pegawai Tadbir SMA dalam program radio  anjuran SMA dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak menerusi CATS FM.
Randau Digital Sarawak (Bahasa Iban ) episod 2 dikendalikan oleh Dj Ijau bersama Nurfadzalina Ali (kanan) dan tetamu dari SMA Dulcy Pani, Contesa Muat dan Felicity Anai.

Mereka berkongsi mengenai keunikan program OKSHE dalam menggalakkan integrasi antara kerajaan dengan komuniti untuk  mempromosikan budaya dan warisan di Kuching ke arah digital serta pintar, selari dengan inisiatif agenda ekonomi digital Sarawak untuk mewujudkan  Bandar Pintar (Smart City).

Menurut Prof Khalid, OKSHE bermula di Kuching sebagai projek perintis, dan banyak lagi  akan dibangunkan pada masa akan datang berdasarkan sejarah Old Kuching sebagai lokasi utama pentadbiran kerajaan, serta pusat aktiviti perniagaan masyarakat terawal di sepanjang sungai Sarawak yang menjadi asas kepada warisan bangsa di kawasan ini.

Gambar 3
Antara projek mural di sekitar bandar Kuching.

Melalui warisan sejarah yang ketara dan tidak ketara (tangible and intangible), dan program budaya dan warisan, bandaraya pintar Old Kuching mampu menjadi pintu masuk ke bandar-bandar lain di Sarawak sekaligus memampankan lagi pembangunan ekonomi negeri.

Menurut Prof Khalid, projek berdasarkan konsep OKSHE boleh di cadangkan atau di tengahkan ke kawasan warisan yang lain seperti di Baram, Telang Usan dan lain-lain. Perkara ini telah pun di suarakan oleh penduduk di Telang Usan untuk menggunakan rangka kerja OKSHE sebagai panduan untuk membangunkan projek yang serupa.

“Hal ini membuktikan bahawa orang Sarawak sudah bersedia untuk menerima perubahan dan dalam masa yang sama masih mengekalkan aspek warisan bangsa,” tambah beliau.

Gambar 4

Prof Khalid juga menyeru agar orang ramai dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan OKSHE terus menjadi satu pembangunan yang baik dari segi menjulang warisan Sarawak melalui pengimplementasian nilai digital.

Selain itu, OKSHE juga mendidik masyarakat tempatan untuk lebih bersedia menerima gelombang digital yang pesat bukan sahaja untuk pembangunan diri malah bagi keselamatan mereka juga.

Antara misi OKSHE adalah inisiatif untuk membangunkan status sosioekonomi masyarakat setempat melalui mempromosikan kursus latihan Teknikal dan Vokasional  (TVET) dan pembelajaran seumur hidup melalui pelbagai institusi pendidikan seperti Unimas,  Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), dan sebagainya.

Gambar 6

Setakat ini, antara projek yang telah dilaksanakan untuk menaik taraf infrastruktur warisan yang sedia bagi meningkatkan keterlihatan (visibility) ialah facelift 12 perahu tambang fasa pertama, pemasangan empat CCTV tiang tinggi di kawasan waterfront kampung untuk tujuan keselamatan, menaik taraf produk-produk makanan tradisional di kampung dari segi nutrisi, menaik taraf packaging dan membantu dipasarkan secara komersial.

Tambahan  pula, pencahayaan hiasan kampung fasa pertama telah dipasang di sekitar Kampung Masjid  hingga Kampung Bintangor, lima program mingguan di bawah Majlis Seni Sarawak telah diadakan pada bulan Disember tahun lepas, 18 program komuniti pintar telah dilaksanakan oleh pihak CENTEXS yang merangkumi lapan jenis program antaranya  urutan refleksologi, pembuatan kraf bahan kitar semula, asas sulaiman manik dan simo, asas solekan, Occupational Safety and Health (OSH), asas sulaman keringkam, pembangunan produk, label dan pembungkusan, pensijilan homestay dan hospitaliti.

Gambar 7

Tambah beliau, masyarakat di negeri ini juga tidak seharusnya mengambil peluang untuk melakukan kesalahan vandalisme dengan merosak atau mengambil peralatan yang telah disusun atur bagi program ini. Hal ini kerana bukan sahaja akan menyusahkan mereka tetapi semua pihak yang terlibat.

Program radio “Randau Digital Sarawak” merupakan episod kedua dalam musim kedua, siri yang disiarkan dalam bahasa Iban dan Melayu menerusi bahasa iban saluran Rentak Ruai dari jam 3 hingga 4 petang dan  Cats Drivetime jam 5 hingga 6 petang masing-masing.

Randau Digital Sarawak ini akan menemui pendengar CATS FM bermula bulan April sehingga September 2019 dan ke udara satu bulan sekali manakala Info Kapsul anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang ( AZAM) Sarawak boleh didengarkan setiap hari di CATS FM.

Kepada semua pendengar jangan lupa, juh digitalkan dunia kita.

Gambar 5

Program ini dikendalikan oleh pihak AZAM iaitu Nurfadzalina Ali, Pegawai Pembangunan Komunikasi (Iban) dan Hassnal Hakim Junaidi ( Melayu )  bersama tetamu yang merupakan wakil-wakil dari SMA iaitu Contesa Muat, Akauntan Unit Kewangan SMA, Felicity Anai, Pegawai Perundangan SMA,  Dulcy Pani, Pegawai Tadbir SMA bagi bahasa Iban dan Prof Khadir dan Abang Nashiq untuk bahasa Melayu.