KEPUTUSAN JAWATANKUASA KESELAMATAN NEGERI SARAWAK

Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

1. Memandangkan PKP yang dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 14 April, saya memohon kerjasama semua rakyat Sarawak untuk mematuhi PKP dengan terus berada di dalam rumah.

2. Sekiranya kita mematuhi dengan tegas kepada PKP, ada kemungkinan yang baik bahawa kita boleh membendung COVID-19 memandangkan kita terpisah dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan dan ia seharusnya memberi kita kelebihan untuk menghentikan rangkaian jangkitan.

3. Pada Mesyuarat Keselamatan Negeri yang diadakan pagi ini, dua jawatankuasa kecil telah dibentuk, iaitu:

(i) Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

(ii) Jawatankuasa Keselamatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing

Kawalan Sempadan

4. Kami (Kerajaan Sarawak) akan meningkatkan kawalan sempadan kita dan memantau lalu lintas orang di sempadan kita dengan negara jiran untuk mencegah “import” virus korona.

Pakej Pakej COVID-19 Sarawakku Sayang

5. Kita akan memantau dengan teliti kesan wabak COVID-19 terhadap orang awam dan kita juga akan memantau pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi.

6. Kerajaan Sarawak akan mengkaji dari masa ke masa kesan PKP terhadap ekonomi dan akan berusaha untuk mencari penyelesaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan biasa.

Penstabilan Transmisi COVID-19

7. Sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020 hingga hari ini, tren transmisi COVID-19 (kes positif) di Sarawak didapati telah stabil, dan oleh itu saya merayu kepada semua rakyat Sarawak untuk terus mematuhi PKP dan tinggal di rumah.

DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG