KUCHING – 11 September 2020: Wabak Pandemik yang melanda negara sememangnya banyak menangguhkan aktiviti sosial seharian masyarakat, perubahan kepada kehidupan yang mengamalkan normal baru haruslah di amalkan oleh semua orang termasuklah melibatkan diri dengan aktiviti digital yang sangat sinonim dengan cara hidup manusia kini.

Sarawak Multimedia Authority (SMA) giat mengambil langkah untuk mendigitalkan Sarawak sebagai tanda peralihan sistem kerajaan tradisional bertukar kearah digital.

“Sarawak ID adalah inisiatif IDENTITI DIGITAL kerajaan negeri Sarawak dalam menyelaraskan akses oleh rakyat kepada servis-servis yang ditawarkan oleh agensi kerajaan negeri”. Kata Faizal Ibrahim, Pegawai Tadbir SMA ketika ditemubual semasa rancangan Sembang Digital Normal Baru, hari ini.