KUCHING: Aplikasi Timogah bakal membantu pengusaha dan peniaga tempatan dalam mengembangkan medium perniagaan mereka secara dalam talian.

Pengasas Timogah Heineken Laluanberkata aplikasi yang dibangunkan itu bertujuan memberi platform kepada para petani tradisional dan moden dalam memasarkan produk mereka dalam pasaran tempatan secara digital.

“Platform digital telah banyak mengubah corak pembelian masyarakat daripada tradisional ke arah yang lebih mudah.