KUCHING: Pemerkasaan era digital di Sarawak turut melibatkan kaum wanita dengan aplikasi e-Preneurs yang dilancarkan oleh kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bersama Jabatan Wanita dan Keluarga negeri Sarawak (JWKS).

Aplikasi tersebut yang dilancarkan pada 9 Mac lalu oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merupakan teras keenam dalam transformasi digital menerusi aktiviti yang dikendalikan oleh JWKS.

“Ini merangkumi program seperti wanita dalam usahawan digital, Seminar Literasi Keusahawanan Digital untuk Wanita.