KUCHING ā€“ 9 Oktober 2020: Pemerkasaan dalam era digital di Sarawak sememangnya tidak meninggalkan mana-mana pihak termasuklah kaum wanita dalam aplikasi e-Preneurs Wanita yang dilancarkanKerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority (SMA) bersama-sama Jabatan Wanita dan Keluarga Negeri Sarawak (JWKS).

Aplikasi  yang dilancarkan pada 9 Mac 2019 oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg merupakan teras ke-enam dalam transformasi digital menerusi aktiviti yang dikendalikan oleh JWKS merangkumi program seperti wanita dalam usahawan digital, Seminar Literasi Keusahawan Digital dan Kursus Keusahawanan Digital untuk Wanita.

Kesemua program tersebut diadakan bagi memberi pendedahan, ilmu dan kemahiran kepada golongan wanita untuk  menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian.